Berbaju Kelawar Ke Pusat Vaksln Siap Bawa Baldi Sekali!, “Memang Konfiden Habis”

Menjadi tanggungjawab ramai untuk mengambil suntikan vaksin bagi mengawal penularan cov1d-19 yang nampaknya semakin ‘mengganas’. Mematuhi arahan tersebut orang ramai mula hadir ke pusat vaksin yang tersedia di serata negara.

Namun begitu ada pelbagai karenah dan gaya bila mereka ini hadir ke pusat vaksin. Sebelum ini pernah tular ada yang datang berpakaian pahlawan melayu, pelbagai kostum dan sebagainya.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada satu individu berbaju kelawar ke pusat vaksin siap bawa baldi sekali! Rakaman individu yang hadir ke pusat vaksin tersebut sebegitu rupa telah mencuri perhatian ramai.

Malah lelaki tersebut sempat tampal nota di belakang badannya yang memberitahu tidak sempat bersiap kerana isterinya suruh pergi ambil suntikan vaksin.

Berikut adalah perkongsian rakaman lelaki berbaju kelawar ke pusat vaksin yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @rizwan.99_ ini:

Sempat juga print dan tampal kertas nota beritahu situasi yang dilaluinya itu! Perkongsian rakaman telatah lelaki ini telah meraih lebih 1.6 juta tontonan dan 137 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Ya Allah korang ni ada pertandingan ke apa hahaha”

Berbaju Kelawar Ke Pusat 3

“Abang ni buat saya terhibur lah…Lepas jangan ada yang datang pakai tuala je sudahlah. Risau kadang akibat PKP lama sangat rakyat semua jadi kreatif”

Berbaju Kelawar Ke Pusat 2

“Aku sumpah terhibur dengan rakyat Malaysia yang macam ni. Pi cucuk vaksin tu dah macam pi costume party. Pakai costume macam2.”

Berbaju Kelawar Ke Pusat 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://himpunanceritalawak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berbaju Kelawar Ke Pusat Vaksln Siap Bawa Baldi Sekali!, “Memang Konfiden Habis”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*