HALAL ke? Itu pertanyaan diajukan oleh seorang netizen terhadap makanan berpantang isteri kepada pelakon Nazrief Nazri sehingga membuatkan pelakon itu berasa marah.
Mengakui bengang dengan pertanyaan itu, Nazrief berkata dia masih waras dan tahu membezakan halal dan haram sumber makanan yang diberikan kepada keluarga.
“Kalau ikutkan saya jarang nak sembur netizen tapi apabila ada orang yang tak sensitif komen macam tu… memang geram la! Ya mungkin dia sekadar nak tanya tapi soalan macam tu boleh fikir logik kut.
“Takkanlah saya tak tahu huku.m sampai sanggup nak bagi anak isteri makanan tak halal. Fikirlah dulu sebelum nak komen,” katanya kepada mStar.
Nazrief sebelum itu berkongsi video isterinya, Aizatul Aqma Hamdan berpantang selama 30 hari di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Sebelum nak komen fikir perasaan orang lain dulu, jangan menulis sesuka hati!
Dalam video itu, Nazrief dilihat menyediakan kelengkapan untuk isterinya termasuklah menyuapkan makanan.
Namun, ada pengikut meragui status makanan yang disediakan oleh pusat penjagaan itu.
Nazrief balas komen seorang pengikut di Instagram.
Sementara itu, pelakon drama Rindu Yang Terindah ini meminta pengguna media sosial berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu kerana dibimb.angi boleh menyingg.ung perasaan orang lain.
“Sebelum nak komen fikir perasaan orang lain dulu, jangan menulis sesuka hati… fikir komen tu akan buat orang terasa atau tak?” ujarnya yang turut memaklumkan isteri dan anaknya sudah pulang ke rumah pada Isnin.
Nazrief dan Aizatul menimang cahaya mata sulung lelaki pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Antara Menu Berpantang Menarik Untuk Isteri
Selepas melahirkan anak, para ibu akan melalui proses yang dinamakan sebagai proses berpantang. Dalam sesi berpantang selama 40-44 hari ini, memang anda kena menjaga pemakanan. Ada makanan yang boleh dimakan, dan ada makanan yang tidak boleh dimakan untuk mengelakkan kesan sampingan. Bila semua makanan kena jaga dan banyak pantang larang, bosan juga lah sebenarnya kerana akan ulang menu yang sama setiap hari.
Inilah masanya untuk para suami masuk ke dapur dan bantu menyediakan makanan berpantang buat si isteri. Maklumlah, kasihan pula isteri nak berjalan selalu masuk ke dapur dalam keadaan tak sihat kan? Jadi, jom kita cuba koleksi resepi menu berpantang menarik yang disediakan oleh suami ini.
IKAN TENGGIRI BAKAR KOSONG, NASI BUBUR, OREN DAN AIR KOSONG
Hari kedua menu pantang,Ben buatkan sayur lobak putih dengan sawi yang cukup rasa tapi digandingkan dengan ikan tenggiri bakar kosong dalam AF, nasi bubur, oren dan air kosong.
Licin. Alhamdulillah. Sebab masak sayur ,bakar ikan dalam AF panas-panas 30 minit nak makan baru mula buat. Lobak putih tu direbus dulu sampai masak. Tanda masak dia jadi warna jernih. Buang air rebusan,bilas lepas tu baru masak baru dengan sawi hijau yang diletak akhir sekali,1/2 ulas bawang putih,3-4 ekor bilis tumbuk,bawang goreng sikit dan garam sikit.
Secara umum, Mem makan 4-5 kali dengan menu simple ( air kurang manis + biskut kering ) dan menu seperti ini. Untuk bagi tenaga berterusan pada ibu untuk hasilkan susu dan cepatkan proses penyembuhan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://limauasamboi.pw/
Be the first to comment on "Nazrief Nazri kongsi makanan p4ntang isteri, sekali ada komen buat dia rasa beng4ng"