Ini Tindakan Sheila Rosli Hari Ini Terhadap Individu Yang Tabur Fltnah

Kecoh semalam apabila sebuah blogger mend4kwa penerbit Sheila Rusly ingin menjodohkan anak lelakinya, Uzair Haqimy bersama pelakon Janna Nick tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian.

D4kwaan tidak berasas itu telah mencetus kem4rahan Sheila dan suaminya, Jinggo yang berniat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ini Apa Tindakan Sheila Rosli Hari Ini Terhadap Individu Yang Tabur Fitnah

Selang beberapa jam selepas memuat naik hantaran tersebut, pengelola akaun blogger itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui akan kekhilafan.

Menyesal dengan kesilapan, pentadbir akaun tersebut berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang sama.

Kami selaku Admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan kapsyen tentang Elisya Sandha dan Sheila Rusly. Dengan ini,  kami ingin memohon maaf pada keluarga @jinggo_jspictures @sheilarusly_jspictures dan keluarga @elisyasandhaofficial dan mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi juga pada sesiapa pun.

Ini Apa Tindakan Sheila Rosli Hari Ini Terhadap Individu Yang Tabur Fitnah

Dalam pada itu, individu terbabit turut mengingatkan agar memastikan kebenaran sumber terlebih dahulu sebelum bertindak berkongsi kepada orang ramai.

Saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat posting kerana sesungguh dosa dan pahala, syurga neraka itu benar.

Ini Apa Tindakan Sheila Rosli Hari Ini Terhadap Individu Yang Tabur Fitnah

Terdahulu, Uzair dan aktres Elisya Sandha selamat disatukan sebagai suami isteri pada pukul 3.11 petang dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Sumber: Instagram @kaki_komen_ / Sheila Rusly IG 

Ini Apa Tindakan Sheila Rosli Hari Ini Terhadap Individu Yang Tabur Fitnah
SHEILA (tengah) memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menabur fltnah terhadap keluarganya.

PETALING JAYA – “Kepada blogger atau portal di luar sana, saya akan korek dan ambil tindakan undang-undang, hantar surat saman. Saya tidak peduli.”

Itu amaran oleh pelakon dan juga produser terkenal, Sheila Rusly terhadap mana-mana laporan media yang memberikan kenyataan berunsur fltnah kepada keluarganya terutama membabitkan isu perkahwinan antara anaknya, Uzair dengan Elisya Sandha.

Sheila ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia sangat m4rah tentang isu yang diberitakan oleh sebuah portal yang sengaja mengaitkan anaknya, Uzair bersama pelakon, Janna Nick.

“Saya m4rah sebab isu itu fltnah, Kalau melibatkan isu yang menyentuh keluarga saya, saya tidak boleh duduk diam. Pada saya, mereka tidak perlu mengambil peluang untuk mereka-reka cerita semata-mata untuk melariskan berita.

“Perkara itu memang tidak berlaku (hubungan antara Uzair dengan Janna). Lagi pun anak saya sudah mengenali isterinya sejak Elisya masih bersekolah lagi,” kata Sheila.

Ujar Sheila, dia tidak faham bagaimana boleh timbul cerita melibatkan anaknya dengan Janna sebab selama ini dia tidak pernah sekali pun membuka mulut atas apa yang berlaku.

“Saya tidak faham. Saya menjaga aib dia (Janna). Sebab itu saya tidak mahu bercerita apa yang berlaku dan saya mengharapkan mereka-mereka di luar sana untuk terus melupakan apa yang telah berlaku.

“Perbalahan antara saya dengan Janna memang saya tidak akan diceritakan demi menjaga aib dia. Tapi janganlah sebab saya ‘mengunci mulut’, saya difltnah,” jelas Sheila.

Dalam pada itu, isteri kepada Jinggo itu turut memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak ‘mencuit’ menantunya Elisya kerana begitu menyayangi wanita itu.

“Jangan sesekali usik menantu saya. Saya sangat sayangkan Elisya. Jadi tolong jangan tulis cerita yang tidak betul dan boleh mengguris hati menantu saya.

“Kalau menantu saya sedih, suaminya juga akan bersedih begitu juga saya. Jadi saya ingatkan, jangan berani buat begitu,” tegas Sheila.

Kata Sheila lagi, dia menjadi sangat emosi kerana menantunya tidak pernah mengganggu sesiapa. Malah, dia juga perlu menjaga hati keluarga Elisya.

Kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia tidak pernah sesekali mengatur perkahwinan antara Uzair dengan Elisya, kerana percaya jodoh anaknya itu telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya tidak menentukan jodoh anak saya. Jodoh itu kerja Allah SWT. Saya memberi ruang untuk anak saya membuat keputusan terbaik untuk dirinya.

“Alhamdulillah, dia memilih Elisya walaupun dalam hubungan dia sebelum ini, ada fasa turun dan naik. Tapi itu lumrah dalam perhubungan.

“Tapi disebabkan jodoh mereka kuat dan saya nampak keikhlasan jodoh mereka, jadi saya merestui perkahwinan anak saya dengan Elisya. Jadi cukuplah ambil tahu hal keluarga saya, jangan tabur fltnah lagi,” katanya.

Terdahulu, Sheila menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya berang terhadap penulisan sebuah artikel yang menabur fltnah tentang perseteruan antara dia dan Janna adalah disebabkan pelakon itu menolak cinta anak lelakinya. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://asaskehidupan.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ini Tindakan Sheila Rosli Hari Ini Terhadap Individu Yang Tabur Fltnah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*