Anak sulung kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Ahmad Fakhruddin Attar baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang kelapan, semalam (24 Ogos).
Bagi menyambut hari penting itu, Aeril dan Wawa telah mengadakan sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman mereka.
Hari ini genap usia 8 tahun putera ayah, AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR. Seperti selalu, biarpun semasa mendodoikanmu, ayah akan terus menitip pesan bust anakanda tercinta sebagai ole-ole pedoman untuk waktu mendatang…
Attar…bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihemp4s badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan bust kami, yang semuanya menjadi ‘man’s’ akhirnya! Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah…
Sesungguhnya, mendahulukan dan mencari ‘REDHA ALLAH adalah kunci rahsianya. Attar kena genggam ini dan amalkan dalam hidup. insyaALLAH pasti ada jalan keluar dalam apa jua masalah yang menerpa. Ketahuilah nak, Kita tak kan mampu memuaskan hati semua manusia dan berbuat sesuatu untuk mencari redha manusia adalah hal yang sia- sia.
Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan.
Mudah2an di mana dan sebagai apapun Attar berdiri, ALLAH selalu memelihara dan melindungimu ketika penjagaan ayah tidak lagi sampai padamu. Namun walau sejauh mana pun terpisahnya kita, tetap nanti ada untaian doa dan kiriman ‘hasanah amal jariah. bagi ayah dan mama.
Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik . !kat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana it yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki.
Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu…
Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredhai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingat kan juga janji mereka pada ayah & mama..
Sungguh iman & Taqwa tak dapat diwarisi tapi Attar terima lah ini sebagai wasiat its dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan & mahu anak-anaknya selamat & menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat.
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-8 puteraku, Attar! Pelvk c1um penuh kasih sayang ayah tanpa batas padamu..
Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), Aeril, 32, mendedikasikan ucapan khas yang menyentuh jiwa.
Menurut pemilik nama Suhairil Sunari, Attar adalah sumber kekuatan utama di saat rumah tangga mereka bergolak dengan kontr0versi panas pada awal perkahwinan.
Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu turut mengingatkan Attar untuk menjadi abang yang bertanggungjawab dalam menjaga adik-adiknya termasuk dalam bab agama.
Video :
View this post on Instagram
Namun, selain itu apa yang mencuri perhatian warganet adalah penampilan Wawa yang did4kwa sedang berbadan dua.
D4kwa peminat, mereka seakan-akan melihat baby bump pada bahagian perut Nur Hawa Zainal Abidin.
Komen netizen :
@asfahanimznl: Nampak baby bump la.
@izyanhie: Baby bump.
@eliy_qistina: Wawa meng4ndung ke?
@emmar_fauzi: Nampak dah baby bump Wawa. Alhamdulillah.
@hajar_313: Rasa macam ya. Sebab pernah Aeril tulis jangan lupa buku pink masa Wawa nak pergi v4ksin haritu.
Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan atau makluman dibuat oleh Aeril mahupun Wawa.
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan tiga orang anak, Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya, 1.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : ohbulan via http://transformasi.pw
Be the first to comment on "Penampilan Wawa Zainal Masa Birthday Attar Menarik Perhatian,Sekali Benda Lain Yg Nampak…"