“Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan” Elisya Sandha

PETALING JAYA- Selepas hampir seminggu bertukar status menjadi isteri orang, pelakon Elisya Sandha

menganggap dirinya sebagai amanah yang telah diutuskan Allah SWT untuk menjadi pendamping yang taat kepada suami tercinta.

“Sejujurnya, saya merasakan perkahwinan adalah amanah daripada Allah SWT untuk menjadikan saya memiliki rasa tanggungjawab.

“Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan,” jelasnya.

Adik kepada pelakon, Fasha Sandh juga berkata dia tidak sabar untuk melalui perkara baharu setiap hari selepas bergelar permaisuri hati kepada Uzair Haqimy pada 21 Julai lalu.

Menerusi hantaran Instagramya, pemilik nama sebenar Nur Elisya Hassan itu turut ditanya pengikut, adakah ada melakukan solat istikarah sebagai petunjuk sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

“Awak ada buat solat istikarah tak sebelum mengambil keputusan untuk bernikah?” soal peminatnya.

Ujar Elisya, dia sememangnya melakukan solat istikarah untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah SWT sebelum tekad untuk mengakhiri zaman bujang.

“Sudah tentu. Tiada jaminan dalam kehidupan rumah tangga. Yang penting percaya pada takdir dan tawakal,” jelasnya.

Ditebak soalan tentang keputusannya yang dibuat untuk berkahwin pada usia muda, tatkala kariernya sebagai pelakon mula berkembang, Elisya berkata dia tiada kuasa untuk menolak takdir dipertemukan jodoh pada usia muda (21 tahun).

“Memang industri di Malaysia ada pemikiran sebegini ke? Saya bukan Tuhan yang boleh pilih jodoh datang waktu bila. Saya terima jodoh saya sampai awal.

“Saya juga meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Allah SWT dan percaya dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” ujarnya.

Untuk rekod, Elisya selamat bergelar isteri kepada Uzair yang juga anak sulung kepada produser terkenal, Shiela Rusly dan Jinggo dalam sebuah majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup pada Sabtu lalu.

Pasangan yang telah berkenalan sejak dari zaman bangku sekolah itu selamat bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd. Faisal Abdullah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : K! ONLINE via transformasi

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan” Elisya Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*