Anak lelaki penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa mencurl tumpuan ramai apabila buat julung kalinya muncul di siaran langsung Instagram, semalam.
Kemunculan itu ternyata mengubati kerinduan ramai, khususnya peminat Siti Nurhaliza yang mahu melihat perkembangan terkini Afwa.
Menerusi video yang dikongsi Siti, Afwa dikatakan agak kurang sihat dan mengalami demam sejak kelmarin.
“Afwa cucuk semalam, dia ada sikit demam, tapi dia dah ok.
“Afwa sekarang dah empat bulan lebih, so bulan ni masuk lima bulan,” katanya.
Sementara itu, di ruang komen, rata-rata netizen teruja sebaik melihat keadaan Afwa yang sangat sihat.
Malah, kebanyakan mereka meluahkan rasa geram melihat pipi temban Afwa selain memuji kecomelan adik kepada Siti Aafiyah itu.
Tidak kurang juga yang menggelar Afwa sebagai Datuk K junior.
“Bambam semangatnya”
“Pipi dia geram nak gigit”
“Banyak ikut muka Datuk K, kira Datuk K junior lah ni,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Sekadar info, Siti Nurhaliza melahirkan Muhammad Afwa pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Selepas tujuh hari, Siti dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K telah memilih nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
View this post on Instagram
komen netizen
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : gempak
Be the first to comment on "Pipi Dia Ger4mnya, Nak Gigit” – Afwa Masuk Live TokTi, Ramai Peminat Tak Tentu Arah!"