Putrajaya: Ketika pembayaran B.antuan Khas C0vid 19 (BKC) mula disalurkan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak b.antuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan.
Dalam sidang video bersama warga Bank Simpanan Nasional (BSN) dari kediamannya di Petaling Jaya khusus bagi meninjau proses pembayaran BKC yang bermula, Ismail Sabri berkata, BKC adalah antara b.antuan bagi membantu meringankan b.eban rakyat yang terkesan a.kibat C0vid 19.
“Harap semua proses pembayaran BKC yang dirancang Kementerian Kewangan berjalan lancar. Semoga tiada perkara tidak diingini berlaku yang boleh sebabkan kelewatan dan sebagainya,” katanya.
Ismail Sabri yang masih menjalani kuarantin kendiri sejak 30 Ogos lalu selepas disahkan kontak rapat pes.akit C0vid 19 turut menasihatkan warga BSN supaya memastikan penerima BKC yang hadir mematuhi p.rosedur o.perasi standard (SOP) bagi menc.egah penularan C0v1d 19.
Turut serta dalam sidang video tersebut ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berada di BSN Putrajaya di sini dan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah yang berada di BSN di Bera, Pahang.
“Semoga apa yang diberikan kerajaan hari ini, walaupun mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan ketika ini,” kata Ismail Sabri yang turut merujuk makluman Tengku Zafrul bahawa banyak lagi b.antuan akan diberikan kepada rakyat.
Pada Rabu, Ismail Sabri mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept, dengan dana berjumlah RM 3.1 b.ilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
BKC layak diterima golongan m.iskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM 5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM 2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan B.antuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).
Mereka dalam rayuan BPR terima BKC selepas peroleh keputusan
Mereka yang dalam tempoh rayuan B.antuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima B.antuan Khas C0v1d 19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.
“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima b.antuan ini.
“Kita sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan p.andemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah diberikan kerajaan, namun b.antuan ini juga mesti mematuhi syarat ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan BKC di sebuah bank di Triang.
Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM 5,001 hingga RM 9,000 untuk isi rumah dan RM 2,501 hingga RM 5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.
Di bawah BKC, kategori m.iskin tegar, isi rumah akan menerima RM 1,300; warga emas sebatang kara (RM 500) dan bujang (RM 500). Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM 800, warga emas sebatang kara (RM 200) dan bujang (RM 200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM 250, warga emas sebatang kara (RM 100) dan bujang (RM 100).
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan mengagihkan pelbagai bentuk b.antuan yang dirancang sehingga hujung tahun ini.
“Perdana Menteri bersetuju untuk teruskan b.antuan-b.antuan yang diumumkan,” katanya.
Antara bantuan yang akan diagihkan kerajaan ialah B.antuan Prihatin Rakyat fasa 3 berjumlah RM 2.32 b.ilion yang akan disalurkan pada akhir bulan ini dan b.antuan kehilangan pendapatan pada Oktober.
Mengenai proses pembayaran BKC di BSN Putrajaya, Tengku Zafrul berkata ia dikendalikan dengan baik oleh warga BSN.
Bukan Semua Dapat Bayaran BKC
Kredit : HMetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://aud1r8.
Be the first to comment on "Bukan Semua Dapat Bayaran BKC. Ini Cara Nak Semak Layak Atau Tldak Terima Bantuan"