Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal, Anuar Zain, 51, menjadi perhatian netizen di media sosial apabila dia difahamkan kini menyertai jemaah tabligh selepas tular videonya bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bersarapan pagi di sebuah masjid di Selangor.
Berdasarkan video dari Tik Tok yang turut dikongsikan pemilik akuan Facebook dikenali Mohd Nazri Ahmad dengan kapsyen ‘hidayah milik Allah’ itu begitu menarik perhatian ramai.
Video
Dalam video berkenaan, Anuar yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah dilihat sedang menuang teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini dengan cukup ceria.
Malah, nyanyiannya itu sebagai memenuhi permintaan Nabil yang sedang bersarapan pagi dengan ahli jemaah tabligh lain.
Sementara itu, Pengurus Anuar, Nana Ahmad dihubungi sama sekali tidak menafikan video tular itu yang difahamkan penghibur terbabit sekarang dalam proses belajar mendalami ilmu agama.
“Alhamdulillah. Apa-apa pun, kita tunggu sehingga Anuar selesai. Sekarang dia masih dalam ‘khuruj’ (meluangkan masa belajar ilmu agama) lagi.
“Saya pun tidak menghubunginya kerana menghormati masa dia untuk belajar. Bagaimanapun, Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Anuar,” katanya kepada Harian Metro.
Nana berkata Anuar pasti sedia memberi kerjasama untuk penjelasan sebenar dia menyertai kumpulan tabligh itu dan keluar berdakwah sebaik selesai proses mendalami ilmu agamanya nanti.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : kosmo
Be the first to comment on "Jarang Muncul Di Media Sosial, Individu Ini Kongsi Apa Yang Dilakukan Anuar Zain Sekarang, Nabil Pun Ada Sekali!"