Baru Je Tamat kuarantin, Caprice mula ‘isytihar’ per@ng

PETALING JAYA – Selepas menjalani kuarantin selama 14 hari, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice akhirnya menanggalkan gelang tangan atau tag kuarantin hari ini.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, berkongsi perkara tersebut menerusi satu entri berbentuk video dalam InstaStory sebentar tadi.

Kuaratin tamat satu hal, namun satu satu perkara lagi yang menariknya apabila beberapa jam sebelum ‘dibebaskan’, lelaki berusia 33 tahun itu turut mengisytiharkan perang terhadap beberapa golongan yang telah mencemar kesucian agama dan bangsa, termasuk ped0-fil1a.

“Tomorrow (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan

“Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjra. Ingat itu,” katanya.

Pelantun lagu Lenglui itu turut menasihatkan agar masyarakat supaya tidak menjadikan ugutan bunuh sebagai jenaka atau sekadar permainan atau kandungan media sosial.

“Mungkin untuk sesetengah orang, ugutan bvn vh, cabar jangan masuk Penang (Pulau Pinang) atau Pahang atau mana-manalah yang mereka nak ‘claim’ atau nak tunggu kita depan pagar KLIA, atau nak tunggu depan pejabat, satu perkara yang lawak.

“Tak lawak. Semua itu dibuat orang mereka yang memiliki akaun (media sosial) yang betul. Pejabat saya public (terbuka), kereta saya terbuka. Mungkin kalau kalian atau ahli keluarga dapat ugutan bunuh, mesti akan marah juga,” coretnya.

TANGKAP layar InstaStory Caprice.

Tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, Caprice berkata, sejak difitnah sehingga namanya menjadi bualan satu Malaysia, hampir setiap hari dia menerima ugutan bunuh.

“Sejak orang itu fitnah sampai satu Malaysia kecoh, hari-hari saya terima macam-macam ugutan bunuh.

“Kalian tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan berhenti. Apabila kebenaran dirungkai, saya berharap kalian semua si dungu siap-siap betulkan tetapan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti.

“Dekat dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang. Jumpa saya depan-depan dahulu baru selesai,” ujarnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan menerima 60 ugutan bunuh selepas dakwahnya di Gaza, Palestin disalaherti oleh sesetengah pihak.

Dua bulan menghabiskan masa di Jordan dan Mesir termasuk gagal memasuki Palestin, nama Caprice menjadi perbualan satu Malaysia apabila dia didakwa ‘tidak sebulu’ dengan pendakwah bebas, Ebit Lew berkaitan isu bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

WANITA YANG MENJADI ‘MANGSA’ PENDAKWAH TERKENAL AKHIRNYA TAMPIL CERITAKAN APA YANG TERJADI (VIDEO)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta seorang wanita yang mendakwa menjadi mang.sa gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal tampil membuat laporan polis.

Laporan polis itu perlu bagi siasatan lanjut dapat dijalankan selepas pendedahan yang dilakukan wanita berkenaan menerusi sebuah wawancara semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, wawancara tersebut tidak mendedahkan identiti mang.sa dan pemang.sa dan seeloknya individu yang mendakwa menjadi mang.sa jena.yah sek.sual tersebut tampil membuat laporan polis.

 

“Kita tidak tahu siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan mang.sa dalam wawancara itu memandangkan ramai pendakwah terkenal di Malaysia.

“Hanya mang.sa sahaja yang tahu siapa individu berkenaan, jadi dia kena datang membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai wawancara yang mendedahkan pengakuan seorang mang.sa jena.yah sek.sual membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Terdahulu, penyanyi rap terkenal, Caprice dalam InstaStory di akaun Instagram miliknya berkongsi mengenai wawancara berkenaan dan mempersoal siapa pendakwah terkenal berkenaan.

Video wawancara berdurasi tiga minit 38 saat itu memaparkan pengakuan seorang wanita dikenali Diana telah menjadi mang.sa jena.yah sek.sual kepada seorang pendakwah terkenal.

Wanita terbabit mendakwa perlakuan terbabit berlaku selepas dirinya menghubungi pendakwah berkenaan bagi meminta pandangan mengenai masalah yang menimpa dirinya.

Namun dakwa wanita berkenaan, pendakwah berkenaan telah mengeluarkan pertanyaan lu.cah dan menyebabkan dirinya terasa teraniaya.

Dakwa wanita itu lagi, dia cuba memberitahu kepada keluarga dan suaminya mengenai perkara yang berlaku namun mereka tidak mempercayai dan meminta dirinya berdiam diri.

VIDEO:

Untuk lihat pengakuan gadis tersebut, terus (skip) ke minit 18.

Sumber : Utusan Online / TV Al Hijrah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Tamat kuarantin, Caprice mula ‘isytihar’ per@ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*