Seminggu Awal Dari Tarikh Dirancang, Ayda Jebat Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, selamat melahirkan bayi perempuan secara Czer atau pembed4han di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Selamat bersal1n

Menurut pengacara Nabil Mahir, 33, isteri tercintanya selamat melahirkan cahaya mata mereka pada pukul 7.07 malam (Selasa).

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir melahirkan rasa syukur apabila proses pembed4han bagi melahirkan bayi sulung berjalan lancar.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pukul 7.07 malam seberat 2.77 kilogram.

Pada petang Selasa, pelantun lagu Parah Parah memberitahu di Instagram (IG) dia akan melahirkan bayi sulungnya seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.

Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Kosmo, Instagram @aydajebat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Seminggu Awal Dari Tarikh Dirancang, Ayda Jebat Selamat Bersalin Bayi Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*