3.6 juta penerima BPR Fasa 3 bernilai RM2.82 bilion telah diluluskan, ini tarikhnya

PUTRAJAYA: Seramai 3.6 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 termasuk mereka yang diluluskan permohonan rayuan bakal menerima bantuan itu, mulai Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan yang melibatkan nilai RM2.82 bilion itu dijangka selesai dikreditkan ke dalam akaun penerima isi rumah dalam tempoh tiga hari sehingga 30 September ini.

Menurut beliau, untuk Fasa 3 ini, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300.

“Ini termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembayaran Fasa 3 itu adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandem!k c0vid-19 sentiasa terbela.

Jelas beliau, antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas c0vid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)  diberikan kepada penerima yang layak dengan pembayaran bantuan itu dijadual disalurkan pada bulan depan hingga Disember tahun ini.

“Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 ini akan diperincikan Kementerian Kewangan.

“Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR  iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : riverbed.me

Apa komen anda?

Be the first to comment on "3.6 juta penerima BPR Fasa 3 bernilai RM2.82 bilion telah diluluskan, ini tarikhnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*