Faizal Tahir dan Ashraf Muslim Kehilangan Orang Tersayang… Al-Fatihah

KHABAR duk4 menghimpit Faizal Tahir dan Ashraf Muslim apabila bapa kepada kedua-dua selebriti berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa.

Berita berkenaan dikongsikan mereka menerusi Instagram.

Menerusi maklumat yang dikongsikan dalam kalangan warga kariah Surau al-Muqarrabin Puncak Alam, bapa Faizal iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 71 tahun kira-kira pukul 3.40 pagi akibat sak1t jantung.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, Selangor.

Faizal Ashraf 1

Bapa Faizal Tahir meningg4l dunia akibat s4kit j4ntung.

Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis badan NGO, Aqsa Syarif.

Dalam pada itu, selepas lapan hari kritikal akibat Cov1d-19, bapa kepada pelakon Ashraf Muslim iaitu Muslim Bulat disahkan meningg4l dunia pada pukul 6.17 pagi, Selasa.

“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sed1h… ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.

Faizal Ashraf 2

Ashraf reda dengan pemergian bapanya.

“Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup. Kalau ada hutang-hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.

“InsyaAllah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang special di alam barunya bersama mereka yang beriman… InsyaAllah,” katanya.

Sebelum ini Ashraf memaklumkan bapanya dimasukkan ke unit rawatan separa kritikal (IDCU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan Cov1d-19.

Menurut Ashraf, keadaan kesihatan bapanya dilaporkan kritikal kerana terdapat kerosakan pada organ dalaman sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Faizal Tahir dan Ashraf Muslim Kehilangan Orang Tersayang… Al-Fatihah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*