BERP1SAH buat seketika dengan dua anak-anak tersayang merupakan jalan terbaik bagi pelakon Fatin Afeefa demi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Ujar Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 27, dia yang akan mula memasuki set penggambaran sebuah telefilem tidak mahu mengambil ris1ko memandangkan kes harian Cov1d-19 masih tinggi.
“Bermula Jumaat ini saya terlibat dengan penggambaran satu telefilem, jadi akan hantar anak-anak ke rumah ibu. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, saya tidak akan jumpa mereka sepanjang penggambaran berjalan selama seminggu.
Fatin bersama kedua-dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
“Saya memang akan lebih berhati-hati, kalau mereka dij4ngkiti disebabkan saya, saya tak boleh maafkan diri sendiri.
“Anak saya ada dua orang saja, jadi tak mahu la terjadi apa-apa. Lepas penggambaran habis dan keputusan ujian Cov1d-19 negatif, barulah saya akan kembali kepada mereka,” katanya kepada mStar.
Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercer4i dengan tal4k satu pada 30 Mei 2017.
Saya pilih untuk tidak hantar anak-anak ke sekolah buat masa ini.
FATIN AFEEFA
PELAKON
Hasil perkahwinan tersebut, Fatin dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 9, dan Ivy Herra Sophia yang kini berusia enam tahun.
Mengulas lanjut tentang keselamatan dua cahaya matanya itu, Fatin berkata buat masa ini dia juga tidak berhasrat untuk menghantar mereka ke sekolah sehingga keadaan bertambah baik.
“Apabila saya dengar sekolah nak buka semula, saya pilih untuk tidak hantar anak-anak ke sekolah buat masa ini. Lagi pun belum semua cikgu sudah lengkap vaks1n.
Fatin akui lebih berhati-hati dan sentiasa pastuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga.
“Kalau ada maklumat kata cikgu semua sudah lengkap vaks1n, baru saya berani untuk lepaskan anak-anak ke sekolah,” katanya.
Bercerita tentang kerjaya seni, Fatin berkata dia mengambil pendekatan lebih berjaga-jaga dalam menerima tawaran lakonan demi keselamatan diri dan keluarga biarpun kerajaan membenarkan industri kreatif beroperasi.
“Sekarang ini pun saya masih tunggu jumlah kes Cov1d-19 turun. Walaupun sudah ada kelonggaran tapi masih belum betul-betul selamat.
“InsyaAllah apabila keadaan dah okay, barulah saya akan ambil beberapa tawaran yang lain.
“Memang saya tidak berani walaupun sudah lengkap dua d0s vaks1n… saya ada dua orang anak yang masih kecil dan ibu pun sudah berusia. Jadi saya takut kalau-kalau jadi pembawa pula,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : mstar
Be the first to comment on "Fatin Afeefa jadi par4noid, pasrah seminggu tak boleh pelvk civm anak – “Saya tidak akan jumpa mereka… hantar rumah ibu”"