Rentas Negeri: Ismail Sabri bagitahu akan umum serentak, ini pula reaksi ‘lembut’ Najib

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan dikuatkuasakan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus dan dijangka diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi.

“Serentak seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka purata negeri-negeri sudah pun melebihi 80 peratus.

Jadi sebab itulah kita akan umumkan dalam waktu terdekat, sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah. Tunggulah tapi tak lama dah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.

Sasaran kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa semakin hampir apabila 89.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksinasi cov1d-19 setakat malam tadi.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan sempadan negeri akan dibuka apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai tahap 90 peratus.

Dalam pada itu Najib Razak yang umum mengetahui kuat tr0ll kerjaan terdahulu tampil memberi reaksi berbeza ketika Ismail Sabri menjadi perdana menteri mengantikan Muhyddin Yassin

“Semua sedang standby merentas negeri ke?

“Dah 89.4% semalam. Sikit lagi.

“Mesti tak sabar balik kampung.

“Apa pun, patuhi SOP sentiasa.

“Pastikan kesihatan diri dan keluarga juga terutama sekali bagi yang pulang ke kampung menziarahi warga emas setelah berbulan-bulan lama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rentas Negeri: Ismail Sabri bagitahu akan umum serentak, ini pula reaksi ‘lembut’ Najib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*