Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikhabarkan bakal bernikah tidak lama lagi. Lebih menguatkan lagi desas-desus berkenaan apabila Uqasha mengadakan majlis bridal shower di sebuah kediaman di ibu negara baru-baru ini.
Terbaru, pasangan itu dikatakan bakal disatukan pada 21 Oktober ini apabila tular welcome board majlis pernikahan mereka di aplikasi TikTok sejak semalam. Menerusi video dikongsikan akuan @kadgalericinta, jelas memaparkan nama Kamal dan Uqasha pada majlis yang tertera pada Oktober 21.
View this post on Instagram
Namun tidak dituliis tarikh perkahwinan mereka kerana ramai netizen beranggapan tarikh 21 Oktober itu sebenarnya merujuk kepada tahun 2021. Menurut akaun berkenaan, dia menyerahkan Uqasha dan Kamal untuk mengumumkan tarikh hari bahagia mereka nanti.
Tahniah uqasha senrose dan kamal adli ❤️ #fyp #pengantinviral #uqashasenrose #kamaladli
“Guys (korang), jangan salah faham pasal tarikh itu, dia dalam bulan ni lah Oktober 21, tapi berapa hari bulan tu rahsia lah,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "‘Welcome Board’ Tul4r, Kamal Adli & Uqasha Senrose Naik Pelamin 21 Oktober Ini?"