Ramai Pertikai Selepas Naik Helikopter Dan Kapal Mewah, Orang Tak Tahu Svsah Dia Dulu

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi cerita dirinya pernah digelakkan rakan sekerja mengenai impian besar untuk memiliki kereta mewah sewaktu dia bertugas sebagai tukang cat jalan raya pada 2007 lalu.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia tidak pernah lupa pada insiden lama itu (digelak rakan sekerja) yang baginya menjadi bukti bahawa tidak salah untuk menyimpan angan-angan besar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.

“Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta ‘sport’ laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus menjerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli ‘sebiji’ (kereta).

“Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, ‘Kau apahal? Gila!’,” katanya.

Pelakon filem Paskal itu juga percaya kata-kata juga sebenarnya doa, selain bekerja-keras memajukan diri demi mencapai sesuatu impian dihajati.

“Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : hmetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai Pertikai Selepas Naik Helikopter Dan Kapal Mewah, Orang Tak Tahu Svsah Dia Dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*