Aktiviti yang dilakukan di dalam kenderaan seperti kereta biasanya boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain andai kereta berkenaan tidak memasang tinted atau menggunakan cermin tinted yang agak cerah.
Jadi, tidak hairanlah jika perbuatan ‘pelik’ seseorang boleh ditangkap kerana mendatangkan tanda tanya kepada orang sekeliling lebih-lebih lagi apabila dilakukan pada waktu siang di tempat umum.
Dalam satu perkongsian yang tular di laman Twitter Jabatan Netizen Negara, seorang pengguna media sosial telah menghantar beberapa keping gambar pasangan lelaki dan perempuan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencuringakan.
📍Traffic Light Taman Sejati, Sg Petani. Kedah.
"Mai cek oi mai cek mai
Kita ke negeghi Kedah
Mai oi bagi qhamai
jamu nasik kawah"The Power Of King Highway Malaysia.
🤣🤣Via Shahzuwan Emilia pic.twitter.com/vSonWOrPyj
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) October 23, 2021
Difahamkan, gambar tersebut diambil di lampu isyarat Taman Sejati, SUngai Petani, Kedah apabila seorang perempuan bertudung kelihatan sedang berbaring di peha pemandu.
Walaupun tidak dapat dipastikan ‘aktiviti’ yang sedang dilakukan, namun menerusi ruangan komen ramai yang mulai berandai-andai berkenaan gambar yang viral itu.
Sedar akan keterlanjuran menularkan gambarserta nombor plat kereta tersebut, Shahzuwan Emilia telah menulis di ruangan Facebooknya dengan memohon maaf diatas tindakan tersebut.
Dia memaklumkan telah dihubungi pemandu kenderaan itu dengan menyatakan hal sebenar iaitu wanita terbabit tunduk ke peha pemandu bertujuan untuk mengambil barang yang jatuh.
Menurutnya lagi, dia selaku individu yang menularkan gambar berkenaan memohon maaf kepada pemandu Myvi berkenaan kerana telah mengundang fitnah setelah hal berkenaan viral di media sosial.
Sedar akan kesalahan yang dilakukan, dia berharap agar orang ramai yang telah berkongsi semula gambar tersebut untuk memadamkannya kerana salah faham yang berlaku antara mereka sudah diselesaikan.
Dia dan individu yang ditularkan itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika masih ada pihak yang cuba untuk menaikkan semula hal terbabit ke media sosial sehingga mencetuskan perbalahan sesama warganet.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Twitter @jnmalaysia, Facebook Shahzuwan Emilia
Be the first to comment on "“Akui Sil4p,” Lelaki Minta Maaf Viralkan F0to Wanita Tunduk di Peha Pemandu Myvi"