“Barang Kemas Bkan Setakat Pakai, Dah Ada Kedai” – Sempena Hari Jadi ke-50 DSVida Tk Mahu Hadiah tapi ini yang dia inginkan

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-50 semalam, usahawan kosmetik Datuk Seri Vlda memberitahu dia tidak mahu sebarang hadiah pada hari jadinya.

Menerusi siaran langsung di Instagram, Vlda meluahkan rasa syukur di atas segala rezeki diberikan serta mengatakan dia hanya memperlukan doa dan kasih sayang daripada Allah.

“Saya tk perlu hadiah semua, saya dah ada belaka, Alhamdullilah. Saya perlukan doa, saya perlukan kasih sayang Allah S.W.T.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

“Nak barang kemas, ada dah. Barang kemas bukan setakat pakai, dah ada kedai. Nak beg tangan, dah penuh rumah. Nak kereta, kereta dah ada. Nak rumah, ada dah dalam 20 rumah saya. Itu riaklah pulak tu,” katanya.

Dalam pada itu, Vlda sempat berkongsikan tip dan amalan yang sering dilakukannya setiap kali menjelang ulang tahun kelahirannya itu dimana dia akan membacakan surah Al-Fatihah buat dirinya.

“Pada hari lahir saya ni, biasanya saya akan membaca Al-Fatihah untuk diri sendiri, untuk arwah anak saya, ibu saya dan untuk kamu semua. Baca Al-Fatihah sekejap, tak sampai dua minit, tapi dia punya zat datang ke dalam jiwa kita,” katanya.

Ketika siaran langsung itu, pengikutnya sempat meninggalkan komen meminta Vlda supaya tdak lagi menyebut nama lqbal dalam sebarang perkongsian selepas ini.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kisah cintanya dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad lqbal. Bagaimanapun, perkahwinan merekaDibatalkan kerana tdak mendapat restu anak-anak Vlda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber :Rotikaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Barang Kemas Bkan Setakat Pakai, Dah Ada Kedai” – Sempena Hari Jadi ke-50 DSVida Tk Mahu Hadiah tapi ini yang dia inginkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*