Baru-baru ini tular di Facebook perkongsian seorang lelaki yang mend.akwa terkena pabila harga ikan siakap dipesannya di sebuah restoran di Langkawi begitu mahal.
Menerusi perkongsian Mohd Faris, dia perlu membayar RM 1,196 hanya untuk harga ikan siakap seberat 7.4 kilogram.
Disebabkan harga ikan tersebut yang begitu mahal, dia kemudian terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.
Secara kebiasaannya untuk 7 orang dewasa makan dua ekor siakap sudah memadai bahkan mungkin akan terlebih sedikit. Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk 7 orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.
Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertanya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditunjuk saiz ikan tersebut dengan tangannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja. Sizenya pula ialah saiz yang besar sedikit daripada kebiasaan ikan siakap yang kita biasa makan.
Namun apabila ikan itu sampai, kami terkejut seekor ikan siakap tadi dapat diisi di dalam pinggan besar pinggan biasa letak ikan sebanyak 5 pinggan. Kami pun cakap ini untuk bukan untuk 7 orang makan tetapi 30 orang makan.
Masa itu, jangkaan harga yang perlu dibayar ialah sekitar RM 700 hingga RM 800 sahaja namun meleset apabila harganya mencecah RM 1852.50,” jelasnya.
Parodi Siakap Sekilo Lagi Mahal Dari Yang Tular
Bagi mereka yang aktif dalam media sosial terutama dalam YouTube, channel Dd Chronicle ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana rata-rata pengguna sudah mengenali siapa beliau. Didi Sulaiman, 40, atau lebih dikenali dengan Dd Chronicle ini sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia Youtuber, tetapi bermula 2015, beliau lakukan secara s.erius.
Pelbagai kandungan telah disediakan oleh beliau di channel youtube miliknya, Dd Chronicle dan kemuncak nama beliau dikenali ketika beliau melakukan satu video parodi berkisahkan Siapa Muhyidin yang dilaungkan oleh seorang gadis.
Menerusi video beliau yang terbaru, dengan lebih satu ribu perkongsian rata-rata terhibur bila melihat parodi mengenai ikan siakap yang tular.
Reaksi Orang Ramai
Habib seafood. air kosong biasa aku order separuh kedai charge 50 sen..huntong la charge 20 sen.
Lawak betoi la Dd Chronicle dg situasi semasa…mmg sempoi dan padu sgt2…ingatkan ada lagu pasai ikan siakap tu.
Lepas ni mesti ad kuar brg kemas cincin atau gelang tgn design siakap..sbb habib jewel dh tukar profesion..kikii.
Terbaik sindiran padu dr abg ni. Perkataan baru HABIB seafood, m.enyesal bang makan sini ohh x malu… Hahaha,xde duit byr pancing balik ikan siakap dan jual semula hahaha.
Nie bukan siakap 3 rasa. Nie siakap senohong gelama ikan duri…mmg ler mahal.
Ini Jwapan KPDNHEP Adakah PemilikSlakap Berslah Atau Tidak JualMahal Sampai Berlbu
Dalam pada itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan s.iasatan dalam i.nsiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.
“Kita akan menyiasat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.
“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keja.dian yang menimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram di s.alah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1,852.50 termasuk menu lain.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah, Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa aduan berkaitan caj harga makanan yang tinggi di pulau peranginan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.
“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tert.indas dalam isu berkenaan.
“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.
Tambahnya, i.su peniaga meman.ipulasi harga semakin serius di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja menerima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.
Siasatan Awal KPDNHEP
Siasatan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP mendapati peniaga yang tular kerana menjual hidangan ikan siakap lebih RM 1,000 tidak melang.gar syarat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, peniaga tersebut telah mempamerkan harga bagi setiap menunya dengan jelas.
“Walau bagaimanapun, pihak kami telah mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit.
“Notis tersebut meminta peniaga untuk melampirkan dokumen sebagai bukti harga yang diletakkan oleh peniaga tersebut adalah munasabah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Selain itu, kata beliau, pihaknya tidak boleh menetapkan harga bagi peniaga terbabit kerana barangan jualannya tidak tersenarai sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 atau Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
Walau bagaimanapun, menurut Abdul Rafar, pihaknya setakat ini hanya menerima satu aduan berkenaan perkara tersebut.
Katanya, aduan itu adalah daripada orang awam yang mengetahui perkara tersebut daripada media sosial dan bukan daripada pelanggan itu sendiri.
Justeru, beliau meminta pelanggan terlibat untuk tampil dan membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP jika berasa dit.ipu oleh peniaga berkenaan.
“Aduan daripada pelanggan adalah penting bagi mendapatkan keterangan lanjut untuk memastikan s.iasatan dapat dilakukan dengan adil dan telus,” tambahnya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat.pw
Be the first to comment on "Abang Ni Pula Mngamuk, Terkjut Teng0k Bil Ikan Slakap Dia Lagi Mahal Dari Langkawi"