[VIDEO] Orang Tengah Akad Nikah, Budak Ters4ngkut Kepala Pula Raih Perhatian

Menjadi raja sehari tentunya tidak dapat lari dari perasaan gementar terutamanya semasa majlis akad nikah sedang berlangsung. Pastinya ramai yang mengharapkan majlis dapat berlangsung dengan lancar namun lain pula yang berlaku pada pasangan pengantin ini.

Semuanya gara-gara insiden lucu yang berlaku pada kanak-kanak ini apabila kepalanya tersangkut semasa majlis sedang berlangsung. Malah insiden itu turut menarik perhatian ramai ditambah pula dengan tangisan kanak-kanak itu yang mencuit hati.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pengantin lelaki dilihat sedang bersiap sedia untuk sesi akad nikah semasa dirakamkan. Dalam masa yang sama, kedengaran tangisan seorang kanak-kanak yang tidak henti-henti men4ngis di situ.

Pada awalnya ramai yang menyangka itu adalah perkara yang biasa sahaja. Namun rupa-rupanya, kepala kanak-kanak itu telah tersangkut pada tembok batu berhampiran kawasan itu.

pengantin

Malah turut kelihatan beberapa individu yang cuba membantu mengeluarkan kepala kanak-kanak itu yang masih tersangkut. Pada penghujung video, kanak-kanak itu akhirnya berjaya diselamatkan dan dilihat tidak mengalami keced3raan yang serius.

VIDEO :

@khairulazlan

Kepala melekat bosskur 🤣

♬ original sound – khairulazlan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat kenakalan kanak-kanak itu yang tidak kena pada situasinya. Malah ada yang berseloroh tentunya pengantin lelaki itu berasa terlebih gementar ditambah pula dengan apa yang terjadi.

“Time orang nak nikah lah kepala melekat pulak.”

akad nikah

“Ingat kucing oren je suka buat hal. Budak oren pun sama.”

kanak-kanak

“Kawan tu dah lah nervous, kau tersangkut pulak kepala langsung nervous kuasa 4 member.”

komen

“Tok kadi geram je perati budak tu.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Orang Tengah Akad Nikah, Budak Ters4ngkut Kepala Pula Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*