Sejak penularan wab4k cov1d-19 di seluruh dunia, pelitup muka sudah menjadi barang wajib kepada semua orang. Rata-rata negara masih mewajibkan pemakaian pelitup muka terutama ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.
Pereka pelitup muka di dunia pula mengambil peluang mencipta ‘mask’ dengan bertatah emas dan belian, sekaligus memberi laluan kepada golongan kaya untuk menonjolkan status mereka.
Terbaru, seorang ahli perniagaan menayang pelitup mukanya yang diperbuat daripada emas seberat 108 gram yang dianggarkan bernilai Rs 5.70 lakhs (RM236,700).
Pelitup muka ‘kayangan’ itu dicipta oleh seorang pembuat barang kemas di bandar Budge Budge iaitu Chandan Das.
Memetik laporan News 18, Das mencipta topeng emas seberat 108 gram untuk seorang ahli perniagaan dalam tempoh 15 hari.
Viral di Twitter
What is the purpose of this? pic.twitter.com/Zy4MqIPNCZ
— Rituparna Chatterjee (@MasalaBai) November 10, 2021
Semasa perayaan Durga Puja di Kolkata, ahli perniagaan itu mempamerkan pelitup muka tersebut namun terpaksa ditanggalkan selepas menjadi perhatian orang ramai.
Gambar pelitup muka emas itu juga tular di laman Twitter selepas dikongsikan oleh wartawan, Rituparna Chatterjee dengan kapsyen, ‘Apakah tujuan ini?’
Sumber: India.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Ohbulan
Be the first to comment on "“Mungkin Bukan Setakat Kalis COVlD..” -Ahli Perniagaan Pakai Pelitup Muka Emas Bernilai RM236,700"