Sejak akhir-akhir ini trend menggunakan sound ‘Mana mana rancak, berdosaaaa’ menjadi ikutan ramai untuk menggunakannya di TikTok. Umum sedia tahu aplikasi ini kini menjadi kegemaran ramai kerana memiliki video-video yang cukup menghiburkan.
Malah dengan trend pengguna bunyi ‘mana mana rancak’ ini membuatkan video lebih meriah. Pasti ramai yang tertanya-tanya dari manakah video asal dengan bunyi sedemikian. Jika dilihat pada perkongsian video orang ramai, mereka menggunakan sound asal oleh pemilik akaun @ahmadsaffuan86.
Melihatkan penggunaan bunyi ini dalam video ‘mana mana rancak’ yang semakin berleluasa, kami kongsikan video asal dan pemilik bunyi rakaman ini seperti berikut:
Ayat yang disebut berulang-ulang kali ini membuatkan ia mudah ‘melekat’ di dalam kepala penonton. Ini secara tidak langsung membuatkan ayat ini menjadi tular dengan ramai yang mula menggunakan bunyian ini. Berikut antara video orang ramai yang menggunakan bunyian tersebut:
Malah ada juga yang menghasilkan semula video sendiri dengan rakaman suara berbeza dari asal seperti berikut:
Apa-apa pun rakaman asal dari pengguna TikTok Ahmad Saffuan86 ini lebih mencuri perhatian ramai. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Banggg hahaha saya stress bang. Dah berapa hari dok keluar rancak2 ni bang…”

“Sebab video ni la adik2 laki aku dok ulang cakap benda sama hari2”

“Bang saya gelak sampai tercabut perut”

“So dia lah yang rancak2 nyah”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : HCL via https://www.rotikaya.rimbabara.com/

Be the first to comment on "Video ‘Mana Mana Rancak’ Buat Ulang-Ulang Tonton, “So Dialah Yang Rancak2 Nyah”"