15 Tahun Berpisah, Mak Sudi Sendukkan Lauk Untuk Ayah & Duduk Semeja Layan Cucu

Tiada yang menginginkan perpisahan atau penceraian dalam rumah tangga yang telah dibina bertahun2. Tetapi jika perpisahan atau penceraian itu boleh membuatkan kedua2 pihak merasakan ketenangan jadi perpisahan itu haruslah diberikan keutamaan. Walaupun ianya pahit untuk ditelan tetapi ada yang masih berkawan setelah perpisahan atau pencer4ian terjadi.

Selalunya perpisahan itu terjadi kerana kedua2 tidak mahu lagi hidup bersama dan jika dip4ksa, tidak akan tenang pihak lelaki mahupun wanita. Tetapi ianya tidak bermaksud yang apabila selepas perpisahan itu terjadi, kena bermasam muka mahupun menjauhkan diri antara satu sama lain tetapi haruslah berfikiran terbuka dan fikir demi anak2 yang memerlukan mereka.

Seperti satu kisah yang dikongsikan dalam bentuk video iaitu tentang satu pasangan yang telah berpisah selama 15 tahun tetapi masih boleh duduk semeja, makan bersama anak2 mereka tanpa ada perasaan benci antara satu dengan yang lain. Masih boleh menceduk lauk untuk bekas suami walaupun tidak bersama lagi.

Walaupun nampak daripada pandangan kasar seperti suami isteri tetapi tidak, itu adalah berkat doa anak2 yang menginginkan ibu bapa mereka masih berbaik2 walau tidak ingin kembali menjadi suami isteri. Anak2 mahu ayah dan ibunya tetap menjadi kawan baik dan sekurang2nya cucu mereka akan mendapat kasih sayang dari kedua datuk dan nenek mereka.

Video:

@byran.my My happy pills 🤍 #blessed #family #fyp ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Menjengah ke ruangan komen pula ramai yang mendoakan semoga diberi kesejahteraan hidup kepada kedua2 orang tua mereka. Selain itu ramai yang memuji ibu beliau yang turut mencuit perhatian ramai apabila aksi menceduk lauk kepada ayah beliau. Ada juga yang memuji tindakan profesional antara ibu dan ayahnya yang menjadi mesra di depan anak2 dan cucu.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : tiktok via koleksiviral

Apa komen anda?

Be the first to comment on "15 Tahun Berpisah, Mak Sudi Sendukkan Lauk Untuk Ayah & Duduk Semeja Layan Cucu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*