‘Bayi PKP’ pelik dibawa keluar hadiri kenduri, menangls takut lihat ramai manusia… segalanya berubah bila jumpa geng!

WAJAH cuak seorang ‘bayi PKP’ (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama kali berjumpa dengan orang ramai setelah sekian lama berkurung di rumah ternyata mencuit hati warga maya.

“Anak PKP ni memang takut tengok orang ramai-ramai.

“Anak siapa macam ni juga, kita geng,” tulis seorang wanita disertakan dengan video anaknya itu.

Bercakap kepada mStar, Nurul Najwa Ain Mohd Khairuddin, 27, berkata, video tersebut dirakam sewaktu anaknya, Muhammad Affan Danish yang berusia sembilan bulan pertama kali keluar dan berjumpa dengan ramai orang selepas tamatnya tempoh PKP.

Mesra dipanggil Wawa, wanita yang berkerja dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ini berkata, walaupun dia berada dekat dengan Affan, anaknya itu tetap gelisah melihat orang ramai di sebuah majlis tahlil yang dihadirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Video tu saya rakam pada 13 November baru-baru ni, masa tu family belah mak ada buat kenduri tahlil, saya datang masa tu orang dah ramai balik, tapi still ada orang lain lagi la.

“Suasana masa tu memang bising jadi Affan jadi macam resah gelisah walaupun saya sebenarnya ada je dekat dia tapi bila dia tengok orang ni bercakap, kemudian orang tu bercakap, dia jadi macam terancam kot, jadi dia menagis ketakutan,” ceritanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Affan tidak biasa melihat orang ramai.

Namun Wawa yang lahir di Pahang ini berkata, permata hatinya itu bagaimanapun kembali tenang selepas dia berjumpa dengan ‘gengnya’.

“Dia sebenarnya nak je dengan orang lain tapi mungkin masa tu bising dia jadi takut, tapi lepas tu dia okay sebab lepas dah lama duduk situ ada baby yang sebaya dengan dia.

“Jadi dia main sama-sama, senyum sama-sama, gelak-gelak, lepas tu memang dia tak menangls dah,” katanya.

Affan bertemu dengan rakan yang hampir sebaya dengannya.

Menurut Wawa, Affan sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak yang sangat ceria, malah dia sentiasa murah dengan senyuman.

Katanya, bagaimanapun sebelum ini mereka sekeluarga mengelak daripada membawa Affan ke tempat orang ramai kerana risau akan jangkitan cov1d-19.

Affan seorang bayi yang sangat pemurah dengan senyuman.

“Sebelum ni memang tak jalan pun dekat mall sebab risau dengan cov1d-19,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Bayi PKP’ pelik dibawa keluar hadiri kenduri, menangls takut lihat ramai manusia… segalanya berubah bila jumpa geng!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*