” Apa yang berlaku semua ini adalah takdir, saya terima qada dan qadarNya..”
Itu antara kata-kata dan luahan seorang lagenda bola sepak Selangor dan dikatakan antara pemain tengah atau “Midfield” yang terbaik pada ketika era 80an dan awal 90an.
Namun siapa sangka nasib beliau berubah apabila kini dilaporkan hidup melarat.
Itu situasi dialami bekas bintang bola sepak negara, Azhar Sharif yang hidup susah menumpang di hutan simpan di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.
Azhar, 56, yang seangkatan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari adalah antara tonggak utama Selangor pada era pertengahan 1980-an dan pernah menjulang Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.
Malah, dia juga pernah beberapa kali menyarung jersi Harimau Malaya dengan memori paling manis berjaya membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1986.
Bagaimanapun ‘langit tak selalunya cerah’ apabila pada 1995 karier bola sepaknya musnah selepas menerima kecderaan serius ketika beraksi untuk Perak ketika itu.
Dia disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) selepas dibentes pertahanan import Selangor, Mehmet Durakovic yang memaksa Azhar membuat keputusan menggantung but, sekali gus meninggalkan sukan yang paling diminatinya itu.
Menceritakan kehidupannya ketika ini, Azhar mengakui hidupnya kini sukar terutama sejak setahun lalu apabila pndemik COVlD-19 melanda negara di mana dia hilang punca pendapatan sebagai jurulatih untuk beberapa pasukan komuniti sekitar Gombak.
Kemuncak kesulitannya, dia terpaksa berteduh di sebuah rumah usang di lereng bukit milik kawan karibnya yang juga bekas penjaga gol Kuala Lumpur sambil membuat kerja sampingan dengan menjaga reban ayam milik rakannya itu.
Katanya, dia bersyukur dengan bantuan rakan karibnya, namun tidak menolak hasrat untuk mencari kediaman lebih selesa di mana dia mahu memberi fokus untuk menuntut ilmu agama.
Kadangkala makan ubi kayu
” Walaupun rumah ini dalam hutan, tapi saya tenang. Tapi kalau boleh saya nak cari akhirat dan belajar agama sebab saya nak buat persediaan untuk dunia satu lagi.
” Kalau dapat tinggal di asrama tempat belajar agama pun tak apa. Saya dah tak mahu kejar dunia lagi, semua itu bukan dunia saya dah.
” Ada kawan nak bawa saya ke Perlis belajar agama di sana dengan Cikgu Jan (Norizan Bakar-bekas jurulatih negara).
” Tapi jauh sangat kalau boleh dapat dekat sini pun lebih baik.
” Itu saja saya nak, benda lain saya tak mahu dah,” katanya yang mengakui kadangkala hanya makan ubi kayu untuk meneruskan kehidupan.
Pernah beraksi bersama Allahyrham Mokhtar Dahari
Untuk rekod, selain pernah beraksi di samping Mokhtar Dahari, Azhar juga adalah rakan sepasukan mendiang R Arumugam, Zainal Abidin Hassan, Zapril Hashim, Khang Hung Meng, Lim Teong Kim dan Zainal Nordin.
Pada final Piala Malaysia 1986, Azhar mencetak dua gol buat Selangor untuk meraih kemenangan 6-1 ke atas Johor selain meledak satu gol ketika final Piala Malaysia 1984 dengan menewaskan Pahang 3-1.
Mula bermain untuk Selangor pada tahun 1983 boleh dikatakan sumbangan beliau kepada bolasepak tanahair terutama sekali Selangor tidak dapat dinafikan.
Kisah Azhar menjadi ‘hero’ Selangor
1984 Final Piala Malaysia Selangor menentang Pahang. Ketika Selangor di ambang kekalahan Azhar Sharif meyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 87 setelah ketinggalan 1-0 hasil jaringan penyerang Pahang R.Suriamoorthy.
Gol itu telah membangkitkan semangat pasukan Selangor di ikuti dengan 2 gol lagi pada minit ke 89 dan 90 oleh Khang Hung Meng dan telah menobatkan Selangor sebagai juara Piala Malaysia 1984.
Sekalung penghargaan juga kepada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) atas sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas, semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban Azhar.
Perkembangan terkini Azhar Sharif kini di Baitul Islah.
Sementara itu, berdasarkan semakan Muzik Jalanan mengenai perkembangan terkini Azhar, menerusi laporan portal Kita Reporters, Azhar kini sudah sudah beberapa bulan menjadi penghuni Baitul Islah di Serendah, Rawang.
Menurut Kita Reporters, Azhar kini semakin tenang dan penekanan terhadap didikan agama di situ menjadikan dirinya lebih positif berbanding sebelumnya.
” Saya boleh katakan kehidupan saya di sini 10 kali ganda lebih baik daripada masa saya tinggal di hutan Kemensah.
” Bukan saja soal kebajikan seperti makan minum malah kehidupan saya secara keseluruhannya.
” Di sini saya banyak mendalami ilmu agama serta memperbaiki diri.
” Apa yang pasti sejak saya tinggal di sini, saya tidak pernah tinggal solat lima waktu..” luah Azhar.
Sumber:hmetro, fb KLOB ALL STARS, fb Lagenda Bola Sepak, Sumbertv dan KitaReporters
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : dnq.pw
Be the first to comment on "Dulu Kebanggaan Neg4ra, Tak S4ngka Sekarang Bek4s Pemain Malaysia Era 80an Hidvp MeI4rat Dan Tingg4l Dlm Hut4n!"