Meskipun sudah 4 bulan pemergiannya, namun pelawak Shuib masih lagi berkongsi tentang kenangan bersama Allahyarhamah Siti Sarah serta anak-anak. Bukan setakat menyentuh hati, malah ia turut memberi impak positif kepada masyarakat seperti yang dinyatakan dalam perkongsian oleh Da’i Wan baru-baru ini.
Suka lihat keperibadian Shuib sebagai suami yang baik & cipta banyak kenangan dengan isteri
Meskipun belum pernah bertemu depan mata apalagi bekerjasama dalam program industri hiburan, namun Da’i Wan akui sudah lama mengikuti perkembangan hidup pelawak serta usahawan tersebut. Antara faktor yang menarik perhatiannya adalah, keperibadian Shuib sebagai seorang suami yang baik dan banyak mencipta kenangan indah bersama Siti Sarah ketika masih hidup.
Bila kali terakhir kata ‘terima kasih’? Pernah tak kita kenang & hargai semua benda kecil yang pasangan buat selama ini?
Sejurus melihat posting tersebut, pendakwah bebas ini terdetik berkongsi mengenai kepentingan untuk suami isteri saling menghargai sekali gus mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila salah seorang pasangan dijemput Illahi, Da’i Wan akui ramai akan berasa menyesal kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih walaupun untuk sekecil-kecil perkara.
Shuib mengajar saya untuk lebih menghargai…Biar rindu ketika pasangan sudah tiada nanti, tak diiringi rasa kekesalan
Justeru itu, Da’i Wan akui perkongsian Shuib mengajar dirinya agar lebih menghargai pasangan sementara masih diberi waktu untuk bersama. Sekurang-kurangnya, perasaan rindu terhadap mereka yang bakal tiada nanti tidak disulami dengan kekesalan.
Sumber: IG shuibsepahtu & FB Da’i Wan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : dnq.pw
Be the first to comment on "Daí Wan Tersent4k-“Shuib Meng4jar Harg4i Kebaikan Pasangan Sementara Ada Waktu”"