Subang Jaya: Pemandu treler yang terbabit kem4langan hingga menyebabkan kem4tian 10 individu di Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite, tengah malam tadi, direman selama empat hari.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.
“Permohonan reman ke atas pemandu treler itu dibenarkan bermula hari ini hingga 21 Disember depan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Fairus berkata, hasil ujian alk0hol dan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif.
“Siasatan awal mendapati kejadian membabitkan treler dan tiga kenderaan berlaku pada jam 12.09 tengah malam.
“Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan disebabkan salah satu daripadanya mengalami kerosakan.
“Dua kereta lain ketika itu berhenti untuk memberi bantuan,” katanya.
Beliau berkata, kem4langan mengakibatkan 10 mangsa berusia 10 bulan hingga 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
“Semua m4ngsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses b3dah siasat,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya, Asisten Superintendan Lim Chin Huat di talian 012-2018080.
Jen4zah sembilan sekeluarga dikebumi esok
Shah Alam: Jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban dalam kem4langan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, tengah malam tadi, akan dikebumikan esok.
Adik kepada Allahyarham Norul Naziah Buyong, Nurul Atika, 33, berkata, urusan pengebumian semua jenazah dijangka dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.
“Lima daripada mereka termasuk Norul Naziah, 37, dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad.
“Sementara, empat lagi termasuk bayi berusia 10 bulan akan dikebumikan secara berasingan apabila didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan pihak hospital,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, hari ini.
Katanya, jen4zah akan disolatkan di sebuah surau di Seksyen 17 dan ahli keluarga akan menguruskannya secepat mungkin yang dijangka sebelum Zuhur.
Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa kemalangan, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dijangka dikebumikan di tanah perkuburan sama, malam ini.
Difahamkan, hasil saringan ke atas jenazah Allahyarham mendapati negatif Covid-19.
Terdahulu, media melaporkan Norul Naziah dan lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Kejadian berlaku ketika keluarga itu bersama suami dan bapa, Abdul Razak Majit, 50, dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Bagaimanapun, anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun terselamat kerana tidak mengikuti keluarga berkenaan.
SUAMI Norul Naziah, Abd Razak Majit ketika menunggu di perkarangan Unit Forensik Hospital Shah Alam. FOTO Aziah Azmee.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat.pw
Be the first to comment on "Sampai 10 m4ut kem4langan, ramai tertanya2 keadaan pemandu treler"