[VIDEO] Pelak0n Flzo Omar Kena Kcam Sebab Ambil Tlndakan Beranl Nak Lpas Banjlr Dan Tanah Rntuh

Petaling Jaya – Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar dan ratusan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Karak terk.andas di pertengahan jalan selepas berlaku keja.dian tanah r.untuh dan pokok tumbang berhampiran Bentong, Pahang tengah malam tadi.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, yang kebetulan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah acara menerusi video perkongsiannya dalam Instagram memberitahu semua jenis kenderaan tidak dapat melalui lokasi tersebut.

“Tanah r.untuh di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur. Semua kereta sangkut di sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir dan air sudah mula melimpahi jalan.

“Sesiapa yang merancang untuk ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak, baik tangguhkan dahulu, tidak lepas,” kongsinya sekitar pukul 12 tengah malam tadi.

Fizo Omar Cerita Macam Mana Boleh Lepas

Terp.erangkap dalam keja.dian tanah r.untuh dan b.anjir yang berlaku di Lebuh Raya Karak-KL menghala ke ibu kota tengah malam semalam menc.emaskan pelakon dan pengacara Fizo Omar.

Dia yang berada di tempat keja.dian sekitar pukul 11 malam selepas pulang dari Kuantan, Pahang bagi menghadiri acara di sebuah spa milik rakannya bagaimanapun selamat tiba di Kuala Lumpur sekitar 3 pagi tadi.

Cerita Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia baru sahaja tiba di kawasan tersebut selepas tanah di situ r.untuh a.kibat hujan lebat.

“Lama juga saya terk.andas di situ semalam. Sedang elok saya sampai, tanah baru sahaja r.untuh di situ. Nak pergi ke depan, tak boleh. Nak patah semula, jalan di bawah dah dinaiki air. Jadi kami tersekat di tengah-tengah.

“Beratus kenderaan terp.erangkap bersama kami termasuk lori, bas dan kereta,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambah Fizo, dia dan rakannya mempertaruhkan n.yawa melawan arus menuju pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan sebelah dengan cara membuka besi penghadang lebuhraya.

“Kami g.amble sajalah buka besi penghadang dan lawan arus. Mujur tak banyak kereta di laluan tersebut. Cuma sepanjang perjalanan, masih ada tanah r.untuh berlaku. Dari situ saya boleh nampak. Ramai yang berpatah balik, tapi ada juga masih tersekat di situ.

“Sepanjang perjalanan, saya nampak ramai turun dari kereta dan cari tempat selamat. Dalam keadaan hujan, dengan anak-anak kecil lagi. Memang kasihan,” katanya.

Lebih kurang 2 pagi, barulah Fizo selamat tiba di sebuah stesen minyak di lebuhraya tersebut sebelum kemudian meneruskan perjalanan pulang ke rumah dan tiba kira-kira 3 pagi.

“Pagi ini saya tengok video, terkejut sebab ada sesetengah jalan di Lebuhraya Karak dah jadi macam sungai. Di situlah tempat saya ters4ngkut semalam.

“Tertanya-tanya juga apa nasib mereka semalam. Pandangan saya, pihak LPT sepatutnya ambil tindakan segera dengan menutup terus tol masuk ke lebuhraya apabila berlaku tanah r.untuh dan b.anjir.

“Sebab sehingga pukul 2 pagi, kereta masih lagi menghala ke kawasan terk.andas. Risau dikhuatiri ramai yang s.tuck di situ dan tiba-tiba tanah r.untuh menghempap mereka di situ,” katanya lagi yang mendoakan m.angsa terk.andas sentiasa dilindungi dan dibantu secepat mungkin.

Antara Reaksi Orang Ramai

Redah mujur selamat. Kalo tak selamat.. meny.usahkan semua pihak.

Satu t.indakan yang kurang bijak. Itu pon nasib baik lepas, ni kalau jadi apa apa kat tengah perjalanan tu macam mana. Macam tak boleh tunggu je.

Kredit : Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://kisahbena.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Pelak0n Flzo Omar Kena Kcam Sebab Ambil Tlndakan Beranl Nak Lpas Banjlr Dan Tanah Rntuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*