Tiada angin tiada ribut, perkongsian terbaru penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan sudah menfailkan cer41.
Perkara itu dimaklumkan oleh Shila menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi entri itu, Shila berkata sudah dua bulan dia bersama anaknya tinggal di rumah kedua ibu bapanya.
Namun, satu demi satu dugaan menimpa apabila rumah ibu bapanya di Langat dinaiki air dan kini mereka sekeluarga menumpang di rumah makciknya selepas hilang tempat berteduh.

Kata Shila lagi, perceraiannya masih dalam proses apatah lagi pihak sebelah sana seolah mahu memanjangkan perkara tersebut.
Ujarnya lagi, dia tidak boleh bersabar lagi kerana Shila berkata dia kini cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati dan nama semua pihak.
Menurut Shila, dia mempunyai rumah di Cyberjaya namun tidak selesa untuk pulang kerana suaminya masih berada di rumahnya.
“Sha dah file cer41 ..but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni..Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.
“Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ni.. rasa sedih sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah..tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh ,sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha. Sha ada rumah kat Cyberjaya pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah sha,” tulisnya.

Kata Shila, dia bersama anak dan semua keluarganya tinggal di satu bilik buat sementara waktu sehingga banjir di rumah ibu bapanya reda.
Antara komen rakan artis dan peminat:

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia dua tahun.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Rotikaya via trending

Be the first to comment on "Shila Hamzah sudah failkan pencer4ian tetapi lain pula respon suaminya"