Dikatakan Telah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Ini Jawapan Ruhainies

Aksi mesra Zul Ariffin dan Ruhainies baru-baru ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Bagi peminat, ada yang kata mereka berdua nampak sweet dan segelintir netizen berasa kurang senang kerana Zul sebelum ini pernah berkata sudah tidak mahu menyentuh perempuan lagi.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, mereka dilihat saling berpegangan tangan serta Zul sempat memegang muka Ruhainies dan memusingnya ke arah kamera.

@zaharzbubu7

Sweet tak zul dan ruhainies?? !! Hehe 😂

♬ Title – Meghan Trainor

Hangat diperkatakan sedang bercinta, ini jawapan Ruhainies

Berhubung dengan perkara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas telah tampil memberikan penjelasan akan persoalan itu.

Menurutnya, hubungan mesra dengan Zul Ariffin hanyalah sekadar seorang rakan karib dalam industri sekaligus menepis dakwaan mereka berdua telah mendirikan rumah tangga.

Katanya, mereka berdua tidak mempunyai hubungan istimewa sebaliknya memang rapat sebagai rakan karib.

Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersua­ra’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu.

Difahamkan video pertama yang viral itu dirakam ketika Ruhainies dan Zul menghadiri Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Video kedua pula adalah ketika Zul melawatnya di set penggambaran dua hari lepas.

 

Ruhainies turut berkata mereka berdua sangat mengenali perangai masing-masing dan Zul tidaklah seperti yang orang ramai fikirkan. Selain itu, dia akui tidak marah pada pembantu peribadinya yang muat naik video itu di TikTok sehingga menjadi viral.

Sumber: Beautifulnara/ Ohmedia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dikatakan Telah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Ini Jawapan Ruhainies"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*