” Heyy… kau jangan coba hendak menyamarkan diri sebagai director, walaupun rupamu tidakku kenal tatapi lobang hidungmu tatap menjadi poojaan hatiku.. CUTT!!!CUTT!!!”
Pastinya ramai di kalangan kita masih ingat dan hafal dialog Allahyrham Datuk Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyrham Tan Sri P. Ramlee itu.
Meskipun sudah 60 tahun berlalu, filem yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961 yang turut menampilkan Allahyrham P. Ramlee dan Allahyrham S. Shamsudin itu masih dikenang sehingga hari ini.
Namun siapa sangka ada kisah menarik disebalik pembikinan filem yang membabitkan Aziz Sattar dan P. Ramlee.
Sewaktu Aziz Sattar masih hidup, beliau pernah menceritakan kepada Astro AWANI kisah di mana beliau dan Allahyrham S. Shamsudin dihalau dari set pengambaran filem Pendekar Bujang Lapok.
Allahyrham yang juga dikenali sebagai Pak Ajis berkata demikian ketika menjadi tetamu program Temujanji terbitan Astro AWANI sekitar tahun 2008 yang dihoskan oleh Dino Omar.
Menurut Pak Ajis, ketika itu mereka sedang melakonkan satu babak ketika S.Shamsudin menyalakan lilin untuk berjumpa dengan seniwati Allahyrham Roseyatimah.
” Saya hairan kenapa dia halau saya.. satu jam saya shooting dengan dia.
” Saya tak tahu apa yang saya dan Sudin dah buat, tapi P. Ramlee tidak boleh menahan gelak sepanjang shooting sampai kami kena halau oleh beliau.
” Esok bila pengambaran disambung semula, selepas satu take, P. Ramlee gelak lagi sampai nak pecah lampu”
Mengimbas kembali, Allahyrham memulakan kerjayanya sebagai Pengalih Bahasa di Jalan Ampas.
Walaupun bergaji kecil dari kerja sebelumnya, namun kerana minat yang mendalam pada bidang seni, Allahyrham sanggup.
” Satu hari, mereka tak cukup watak extra. Saya cakap, buat apa susah-susah cari, di sinikan ada. Siapa? Tanya mereka. Aku la!” cerita Allahyrham yang kemudiannya diiringi gelak tawa penonton program Temujanji.
Di situlah, bermula kerjaya Pak Ajis sebagai pelakon dan kemudiannya menjadi pelakon utama di dalam filem.
Sepanjang hayat, Pak Ajis sering mengagumi P. Ramlee.
Di dalam temubual ini, Pak Ajis ada menceritakan beberapa babak yang disyorkan olehnya kepada P.Ramlee.
” P. Ramlee seorang yang menghormati orang dan senang menerima pendapat orang lain. Ada beberapa babak yang saya cadangkan diterima olehnya.
” Seperti babak Pendekar Bujang Lapok, babak saya dibaling batu. Itu idea saya. Ketika itu juga P. Ramlee tukar posisi kamera dan rakamkan babak tersebut” cerita Allahyrham lagi.
Di akhir bicara, Pak Ajis yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka buat orang ketawa, mengucapkan syukur apabila sehingga sekarang, filem-filem lakonan beliau dan rakan-rakan ditontoni ramai.
” Alhamdulillah, sehingga sekarang orang masih sukakan cerita P.Ramlee, orang kenal siapa itu Ajis, Sudin dan Ramlee.
” Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang, seni kami untuk masyarakat”
Program yang berdurasi 20 minit itu sememangnya antara kenangan termanis Astro AWANI bersama Allahyrham Pak Ajis
Sesungguhnya permata yang sering membuatkan kita tidak kering gusi ini tiada galang gantinya.
Pak Ajis atau sebenarnya Abdol Azez Bin Satta dilahirkan pada 8 Ogos 1925 dan telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mei 2014 akibat s4kit jantvng.
Pada zaman kegemilangannya, Allahyrham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyrham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyrham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapok pada tahun 1950-an.
Antara dialog Allahyrham yang masih diingati ialah menerusi filem Pendekar Bujang Lapok ketika membaca surat biarpun buta huruf.
” Aziz: Sekali syair daa!…Alkisah… Alkisah tersebutlah kisah sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun.
P Ramlee: Cit!… mana Firaun pakai sultan daa…”
Sumber:astroawani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://thebolalive.com/
Be the first to comment on "‘Saya Tak Tahu Apa Yg Saya Dan Sudin Dah Buat’ – Kisah Aziz Satar DihaIau P. Ramlee Masa Tgh Shooting"