Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa yang juga usahawan dan pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi sebutan hangat di laman Twitter pada Rabu.
Ameera Muatnaik Babak Filem Di Insta-story
Nampaknya, isu merakam babak filem ketika masih berada dalam panggung wayang tidak berkesudahan.
Jika sebelum ini seorang individu dikecam kerana memuat naik babak penting filem Spider-Man: No Way Home, kini, adik Neelofa iaitu Ameera Khan pula menuai kritikan netizen.
Ia berikutan Ameera atau juga dikenali sebagai Little Miss Khan(LMK) telah mengambil gambar beberapa babak filem terbaharu Lady Gaga, House of Gucci dan memuatnaiknya di Insta-story.
Hi @GSCinemas why is this allowed in your cinemas? And also why people still do this? 2022. pic.twitter.com/Bdj7L1lsRO
— 𝗔𝘆𝘀𝗵𝗮 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 (@ayshardzn) January 5, 2022
Difahamkan ketika itu, Ameera telah menghadiri tayangan perdana filem terseburt di GSC Tropicana Gardens. Beberapa netizen telah menangkap layar hantaran tersebut dan meminta penjelasan lanjut daripada pihak GSC Cinema.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap pengsohor fashion itu memandangkan hal memuat naik rakaman dalam panggung wayang masih lagi berleluasa.
“Hi GSC Cinemas, kenapa perkara ini dibenarkan dalam panggung wayang? Dan kenapa masih ada lagi individu yang melakukan hal sebegini dalam tahun 2022?” katanya.
Selepas ciapan dengan tangkap layar rakaman babak House of Gucci yang dikongsikan, akaun rasmi panggung wayang GSC meninggalkan respons.
“Merakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius dan telah menghubungi serta melaporkan insiden ini kepada pemilik hak untuk tindakan lanjut. Terima kasih kerana menyorot tentang perkara ini.
“United International Pictures kini sedia maklum tentang perkara ini untuk tindakan lanjut. Terima kasih,” ujar GSC.
Meninjau ruangan balasan, beberapa netizen cuba memberikan idea bagi mengelakkan insiden merakam dalam panggung wayang terjadi lagi.
“Mereka patut ada sistem yang kalau ada orang buat macam ni, movie auto-stop. Lampu spotlight on dan fokus pada orang yang rakam tu. Haaa. Lepas itu barulah takda ada orang akan buat lagi,” ujar seorang lagi netizen.
“Saya ingat di Korea Selatan, seorang selebriti disaman selepas merakamkan sebuah babak dan kongsikan babak berkenaan di sosial media. Lakukan hal yang sama,” ujar seorang pengguna Twitter.
Sekadar info, sebelum ini Neelofa pernah terpalit dengan isu yang sama apabila berkongsi babak di dalam filem The Lion King.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Instagram Ameera Khan, Twitter
Be the first to comment on "Ameera Khan Buat Hal Lagi, Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang?"