“Hari hari org dok tanya kita mana keretanya ?” Ini Pnjelasan Sha Hassan Kenapa Kreta AbangVlva Sampai Sekarang Belum Dapat

ALOR GAJAH: ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, mengesahkan, beliau telah bersetuju untuk menerima ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4), sumbangan Pe­ngasas Shalicious Empire Sdn. Bhd., Sha Hassan tidak lama lagi. Menurut wira banjir itu, dia telah menemui Sha minggu lalu bagi berbincang mengenai hasrat usahawan itu untuk memberikannya kenderaan tersebut secara percuma

Ada Usahawan Nak Beri Kereta

Seorang wanita dipercayai usahawan k.osmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas niat murninya untuk menolong Abang Viva mengundang kec.aman orang ramai di laman sosial.

Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu m.angsa b.anjir di Pahang.

“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah t.eruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.

Video : 

“Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.

“Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor.

“Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini.

“Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.

Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan.

Ramai Tanya Mana Kereta

“Kita nak update la since hari hari org dok tanya kita mana keretanya ? dh naik nama senyap dh ? mmg marketing jelah kan?.

“Macam ni awak, skrg kereta byk 4×4 yg tak available dan kena tunggu sampai 2-3 bulan baru boleh dapat even cash sekalipun tetap kena que. Yang 4×2, spec paling low ada la tp x puas hati la plk. Alang alang bg, bg yg ok sikit la.

“Ramai yg byk membantu sampai ke kl selangor, kelantan, terengganu carikan. Semalam finally alhamdulillah kita dh dapat 1 unit yg ngam sesuai dgn abg ni.

So smlm dh settle booking, tp tetap kena tnggu dlm 1 minggu utk settlekan semua benda. sabar nohh korang, abg viva ni santai je. Sha msj dia tunjuk gamba yg tu yg ni dia jawab mana mana pun boleh x kisah dia x de tanya apa lgsg baik betul orgnya.

Kredit : Kosmo/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hari hari org dok tanya kita mana keretanya ?” Ini Pnjelasan Sha Hassan Kenapa Kreta AbangVlva Sampai Sekarang Belum Dapat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*