“Penat ya mandi pantai,” – [VIDEO] Gelagat comel Alisa Aisyah tidur tarik perhatian ramai

Baru-baru ini, Hairul Azreen sekeluarga menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan apabila berpeluang bercuti dengan menaiki jet peribadi jutawan terkenal itu.

Menerusi entri Instagram, Hairul memuat naik beberapa perkongsian gambar dan video pergi bercuti bersama keluarganya atas undangan jutawan tersebut, dan sekali gus menzahirkan rasa teruja serta menganggap ianya rezeki buat sepasang cahaya mata mereka.

Menerusi laman instagram Hanis Zalikha pula, gelagat anak perempuan kepada pasangan ini iaitu Alisa Aisyah sekali lagi mencvri tumpuan netizen kerana ‘kecomelannya’ tidur di samping Hairul Azreen.

“Penat ya mandi pantai,” kata Hanis Zalikha di ruangan kapsyen.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 180k likes dan pelbagai komen dari netizen yang teruja melihat ‘kecomelan’ Alisa Aisyah walaupun ketika tengah tidur.

Komen netizen:

Hairul dan Hanis berkahwin pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.

Sebelum ini, mereka sekeluarga pernah bercuti menaiki kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Instagram Hanis Zalikha

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Penat ya mandi pantai,” – [VIDEO] Gelagat comel Alisa Aisyah tidur tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*