“Seumur Hidup l Lah lstri Yang Membeli Beras” Aishah

Penyanyi popular Aishah berkongsi curahan hati menerusi posting di Instagramnya sempena hari jadinya baru-baru ini.

Diberikan hadiah seutas gelang tangan oleh anak-anaknya, pelantun lagu Janji Manismu itu seakan-akan mencoretkan bayangan kehidupan rumah tangganya sebelum ini.

Tulis Aishah, dia tidak pernah merasa kehidupan bergelar seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia pula yang mengambil tanggungjawab yang lebih besar.

“I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah.

“Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras.

“Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present dari Armand. Buat mata mum dia masuk habuk,” katanya.

Perkongsian Aishah sempena hari jadinya ke-57 pada 3 Januari lalu itu menyentuh hati peminatnya. Ada juga yang bersetuju dengan pendirian Aishah.

“Sebab tu saya malas nak berlaki lagi. Ahai. Lelaki menyus4hkan saya, membaz1r. Elok den solo, aman damai,” coret seorang pengguna yang seterusnya disokong oleh Aishah.

“Sesungguhnya kehidupan ini tidaklah seindah mimpi.

“Anda wanita kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba, terus kuat, cantik dan sihat,” tambah beberapa pengguna memberikan kata-kata nasihat.

Untuk rekod, Aishah pernah tampil mendedahkan kisah rumah tangganya yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya sejak Ogos tahun lalu.

Perkahwinan bersama suami keempatnya itu dibina selama lima tahun.

Aishah Sudah Tiga Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Suami – “Anggap Saja Antara Kami Tiada …”

Penyanyi popular Aishah mendedahkan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

Berkongsi perkara terbabit kepada Berita Harian, kata Aishah, 56, mereka bagaimanapun belum lafaz talak.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

“Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akh1r hay4t.

“Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

“Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya.

Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, dia perlu menceritakan perkara sebenar bagi mengelakkan timbul fitn4h.

“Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.

“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitn4h jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” tambahnya.

Aishah dikurniakan dua cahaya mata, Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, menerusi perkahwinan pertama.

Pada 2017, Aishah pernah mengakui sudah berkahwin kali keempat namun enggan mendedahkan butiran lanjut perkahwinannya itu.

9 Perkara Tentang Aishah Yang Ramai Tidak Tahu

1. Nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin berasal dari Jempol, Negeri Sembilan

Mula terlibat dalam dunia nyanyian pada tahun 1983 selepas memenangi satu pertandingan talent time. Pernah merakam lagu bersama penyanyi Malek Ridzuan, kemunculan Aishah ketika itu tidak meninggalkan impak yang besar.

2. Pernah menggunakan nama Natasha Aminah

Ini mesti ramai yang tidak tahu. Satu ketika dahulu, Aishah pernah menggunakan nama samaran Natasha Aminah kerana bimbang pembabitannya dalam bidang muzik diketahui bapanya.

3. Berkelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak & Sains Politik

Aishah kemudian melanjutkan pelajaran di University of Auckland, New Zealand dan memiliki kelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dan Sains Politik.

4. Pernah menganggotai kumpulan The Fan Club

Di New Zealand, Aishah menganggotai kumpulan The Fan Club sebagai vokalis, yang turut dianggotai penerbit dan pengkritik muzik, Paul Moss, sebagai pemain gitar.

5. Mempunyai dua album bahasa Inggeris

Bersama The Fan Club, Aishah melahirkan dua album iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).

6. Lagu nyanyiannya pernah menduduki carta Billboard 100

Fenomena yang dicipta The Fan Club ketika itu cukup luar biasa, dan single “Dont Let Me Fall Alone” pernah menduduki carta Billboard 100 di Amerika Syarikat, selain pernah dinobatkan sebagai Artist of the Year dalam majlis penganugerahan New Zealand Music Awards.

7. Rakam album bahasa Melayu pada tahun 1990

Aishah kembali ke Malaysia pada tahun 1990 dan merakamkan album berbahasa Melayu pertamanya terbitan Allahyarham Adnan Abu Hassan.

8. Lagu popular “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka”

Album berjudul Aishah itu meletup dengan beberapa buah lagu seperti “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka” dan “Syurga di Telapak Kaki Ibu”, yang menjadi siulan sehingga kini.

9. Sehingga kini Aishah memiliki 10 buah album

Sepanjang 27 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, Aishah sudah melahirkan 10 buah album.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Seumur Hidup l Lah lstri Yang Membeli Beras” Aishah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*