“Indah Khabar Dari Rupa..”- Mawar Karim Meluahkan Rasa Kecew4, Namun Ditujukan Kepada Siapa?..

Pelakon lelaki Fizo Omar membawa seisi keluarganya bercuti ke Legoland, Johor untuk beriadah dan beristirahat. Perjalanan percutian itu dikongsikan Fizo dalam hantaran di akaun Instagram miliknya sejak malam kelmarin.

Namun apa yang menarik perhatian ketika percutian tersebut adalah, bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim memuat naik sesuatu di Instagram (IG) Storynya. Dia meluahkan rasa terkejut melihat foto Maryam seperti sedang dibiarkan duduk berseorangan pasa satu ketika.

“MasyaAllah Maryam..Tiada kata, tidak terfikir, tiada takut..Tiada anak dan ibu pernah berasingan, tidak kira berapa pun jarak mereka.” ujar Mawar.

Mawar juga meletakkan tanda pagar indah khabar dari rupa serta membandingkan kehidupan media sosial dan kehidupan sebenar. Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah, IG Story itu seperti ditujukan kepada pihak Fizo kerana memuat naik foto Maryam ketika sedang bercuti.

Namun, menerusi akaun Instagram kakak kepada Fizo, dia seakan-akan ‘membalas’ dakwaan Mawar mengenai salah faham tersebut dengan mengatakan tidak mungkin mahu meninggalkan budak kecil berseorangan.

“Most of the ride kat Legoland ni utk budak2. So these are our VVIP yg nak kena dijaga. Eh takkan lah nak tinggal pulak..” katanya.

Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian netizen juga adalah Fazeera kini seperti sedang hamil kerana menerusi ruangan komen pada foto percutian mereka, netizen bertanya ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

Namun, kesasihan berita tersebut tidak dapat dipastikan apabila Fizo dan isteri tidak memberikan apa-apa jawapan dan kenyataan berhubung berita ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Instagram Mawar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Indah Khabar Dari Rupa..”- Mawar Karim Meluahkan Rasa Kecew4, Namun Ditujukan Kepada Siapa?.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*