Selepas sekian lama mengunci mulut soal keh4milan, selebriti terkenal, Noor Neelofa akhirnya membuka mulut berkongsi momen berharga itu kepada umum.
Menurut Neelofa, 33, berkata kandungannya sudah sarat dan dia dijangka akan bers4lin pada bila-bila masa sahaja.
Akui berasa gementar untuk melalui proses itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai menitipkan doa agar Allah permudahkan urusan bers4lin.
Neelofa, 33, mengakui berasa gementar untuk melalui proses itu selain akan berkongsi khabar gembira itu nanti.
“Insya-Allah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi. Dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Sudah dekat dan bila-bila masa saja.
“Diakui nak melalui proses ini memang gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan ‘baby’ alhamdulullah dah siap,” katanya kepada Harian Metro.
Neelofa ditemui pada Majlis Pelancaran Perisa Baharu Susu Nilofa di sini, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Neelofa juga berharap diberikan rezeki bers4lin secara normal.
“Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bers4lin normal.
“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.
“Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.
Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Harian Metro
Be the first to comment on "“Nama pun dah ada” Neelofa Akui Akan Bers4lin Bila-bila Masa. Akan Kongsi Berita Gembira Buat Semua"