“Keluar, Kereta Pun Aku Bayar” -Suami Kantoi Bawa Kekasih, Reaksi Isteri Buat Ramai Terkejut

Kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga bukan lagi isu asing yang sering kita dengari terutamanya dalam kalangan suami isteri. Bahkan faktor orang ketiga turut menyumbang kepada punca berlakunya perceraian yang semakin menunjukkan peningkatan saban tahun.

Betapa kuatnya pengaruh dan impak makhluk ini yang mampu meracuni pemikiran suami atau isteri bukan kepalang.

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa rakaman seorang wanita berbaju putih sedang duduk di atas bahagian bonet hadapan kereta. Rupa-rupanya, individu yang berada di dalam kenderaan itu adalah suaminya sendiri dan juga pelakor.

Gara-gara terlampau marah apabila melihat sendiri persenglikuhan lelaki berkenaan, si isteri nekad melompat naik ke atas kereta itu sewaktu ia berjalan perlahan di tengah jalan raya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menepuk-nepuk cermin hadapan kenderaan tersebut sambil memanggil suaminya untuk keluar. Berdasarkan uniform dipakai, perempuan tersebut bertugas sebagai seorang bidan di pusat perubatan berdekatan.

Video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama geram melihat kejadian tersebut. Dalam pada itu, ramai juga memuji tindakan orang ramai yang turut membantu wanita tersebut menahan kereta dinaiki si suami.

Siapa orang ketiga? Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab mengganggu gugat keharmonian dan/atau meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga sama ada lelaki atau perempuan termasuk kekasih gelap, kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, mak ayah mertua, atau ipar duai.

Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.viralmy.me/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Keluar, Kereta Pun Aku Bayar” -Suami Kantoi Bawa Kekasih, Reaksi Isteri Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*