Saiful Apek adalah nama yang cukup dikenali ramai dengan personaliti sempoi dan lucunya. Merupakan seorang pelawak dan pelakon, Saiful Apek juga berjaya mengubati kerinduan peminatnya selepas menyertai Gegar Vaganza bersama Yassin.
Selain dari itu, terbaharu Saiful Apek berlakon dalam filem Nasi Lemak 1.0 yang bakal ditayangkan di pawagam 27 Januari 2022. Bila ada Saiful Apek turut membintangi sesebuah filem pastinya ia adalah naskah yang menghiburkan dengan jalan cerita menarik.
View this post on Instagram
Untuk info, Nasi Lemak 1.0 adalah sebuah filem arahan Namewee dengan beberapa barisan pelakon hebat dan popular. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah David Arumugam, AC Mizal, Delimawati, Wak Doyok dan ramai lagi.
Berikut adalah perkongsian teaser Saiful Apek berlakon dalam filem Nasi Lemak 1.0 ini:
Video:
@saifulapekgitugitu #ComingSoon #AkanDatang • 27 Januari 2022 – filem “NASI LEMAK 1.0” di pawagam #fyp ♬ original sound – Saiful Apek
Perkongsian teaser filem ini dimuat naik menerusi akaun TikTok Saiful Apek sendiri dan telah meraih lebih 18 ribu tontonan serta 1.3 ribu likes. Rata-rata warganet tidak sabar untuk menyaksikan filem ini. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : HCL
Be the first to comment on "[VIDEO] “Baru Teaser Dah Gelak” Saiful Apek Berlakon Dalam Filem Nasi Lemak 1.0 Raih Perhatian Ramai"