MENGALAMI sak1t kepala dan muntah-muntah selepas membuat siaran langsung di Facebook, pelakon Yana Samsudin dibawa ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, Ahad bagi mendapatkan rawatan.
Suaminya, Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari berkata, doktor tidak memberitahu punc4 sebenar, namun pelakon itu diberikan sunt1kan bagi menghentikan muntah.
sak1t kepala sejak petang
“Dia mula sak1t kepala sejak petang semalam… tapi ingatkan biasa saja sebab kadang-kadang ada juga sak1t kepala. Tapi bila dah malam, tengah buat FB live, dia mula muntah-muntah. Saya ingat biasa saja, buat lawak ucap tahniah dah pregnant.
“Tapi lama-kelamaan, tengok muka dia lemah dan penat, habis live dia terus terlelap. Pukul 1 pagi, saya bawa dia pergi hospital. Doktor pun tak dapat kesan dia sak1t apa. Hanya bagi suntikan untuk hilangkan rasa nak munt4h.
“Kemungkinan perut masuk angin… nak kata keracunan makanan, tak juga sebab ada dua orang makan makanan yang sama tapi tak ada apa pun,” kata Fadzil ketika dihubungi mStar.
Terdahulu, Yana menerusi laman Instagram miliknya memuat naik foto dia sedang menjalani pemeriksaan tekanan darah akibat mengalami muntah-muntah.
Kami belum lagi buat pemeriksaan dia ham1l atau tidak.
FADZIL ZAHARI
PELAKON
Dalam pada itu, Fadzil memberitahu dia tidak dapat mengetahui sama ada isterinya sedang hamil berikutan belum membuat sebarang pemeriksaan berkaitan itu.
“Buat masa sekarang Yana masih berehat di rumah. Nak kata dia pregnant tu, saya pun tak tahu. Masa live tu, saya saja berseloroh ucap tahniah dia pregnant.
Fadzil harap semua doakan kesihatan isterinya.
“Kami belum lagi buat pemeriksaan dia hamil atau tidak. Apa-apa pun, doakan la… mana tahu ada rezeki kami untuk dikurniakan anak lagi,” ujarnya.
Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan dua cahaya mata, Aisy Mateen, 5, serta Aura Aisy Sofea yang kini berusia dua tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : msstar
Be the first to comment on "“Munt4h-Munt4h Selepas FB Live” Netizen Syak Jadi Sesuatu Pada Yana Samsudin, Ini Respond Suaminya"