Zulin Aziz Dah Nak Nikah, Rupanya Bakal Suami Bukan Calang2 Orang

AKHIRNYA segala teka-teki terjawab apabila pelakon dan pengacara Zulin Aziz bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya, Farhan Norzaini pada Februari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram pada lewat malam Jumaat, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, berkata dia dan pasangan memilih untuk bernikah pada 20 Februari.

“Kami memilih tarikh ijab kabul pada 20.02.2022.

Zulin dan Farhan pada majlis pertunangan yang diadakan pada Jumaat.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan. Ini juga berkat doa daripada anda semua,” ujar Zulin.

Tunang Rakan Bisnes

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun perkenalan, Zulin Aziz, 33, dan Farhan Norzaini, 35, bertunang, malam tadi.

Majlis dianjurkan secara tertutup dengan dihadiri keluarga Zulin dan Farhan di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam di sini, kira-kira jam 9 malam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, mereka memilih melangsungkan pertunangan hari ini selepas pulang daripada mengerjakan umrah, akhir tahun lalu.

Pada majlis itu, Zulin menerima dua bentuk cincin iaitu iaitu cincin merisik dan bertunang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika di Madinah. Sebenarnya, sudah lama kami merancang, akhirnya, Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini diadakan serba ringkas. Malah, atas permintaan famili, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai keperibadian Farhan yang juga rakan kongsi perniagaannya, bekas penyampai radio Suria FM ini percaya jejaka itu mampu membimbingnya ke jalan diredai.

“Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja,” katanya.

Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin tulus dan pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia bersama saya ketika mengharungi detik paling hitam dalam hidup di mana saya kehilangan ibu, Oktober tahun lalu. “Saat itu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup sem4ti.

“Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti arwah menjaga saya,” katanya.

Menyingkap saat pertama mereka berkenalan, Farhan mengaku memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

“Ketika itu, saya menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu.

“Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Tidak semena-mena, arwah ibu cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG.

“Saya tak sangka dia membalas mesej. Ketika itu, saya fikir tidak mungkin Zulin balas kerana saya hanya orang biasa antara jutaan pengikutnya,” katanya.

Pasangan ini merancang melangsungkanpernikahan pada 20 Februari depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Zulin Aziz Dah Nak Nikah, Rupanya Bakal Suami Bukan Calang2 Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*