DUNGUN: Bapa jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang men1nggal dun1a akibat str0k, awal pagi ini.
Allahyarham Awang@Muda Embong, 73, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Nibong Stesen di sini kira-kira pukul 2 pagi.
Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad berkata, bapa mentuanya dimasukkan ke hospital swasta empat hari lalu susulan pernafasan yang tidak stabil.
“Bagaimanapun, kesihatan ayah kembali stabil dan dibenarkan pulang petang semalam. Ayah nampak sihat dan boleh tersenyum, kami tidak sangka ayah pergi buat selamanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd. Razman berkata, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, Australia sempat pulang bertemu dengan Allahyarham, awal bulan ini, malah, adik iparnya itu ada menghubungi keluarga selepas dimaklumkan tentang pemergian Allahyarham di samping menguruskan semua perbelanjaan pengebvmian.
Katanya, jenaz4h bapa mentuanya akan dikebum1kan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya.
Sementara itu, Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman turut berkongsi berita duka tersebut di laman Instagram miliknya, kira-kira sejam lalu.
Pelumba berusia 34 tahun itu memohon agar segala dosa bapanya diampunkan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Dalam perkongsian sebelum ini, Azizulhasni menceritakan bapanya pernah diserang str0k ketika dia bertanding dalam Olimpik Tokyo 2020.
Demi Negara, Datuk Azizulhasni Awang ‘Lupakan’ Ayah Kena Mild Stroke & Isteri H4mil
Pemenang pingat Perak acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang menyampaikan dan menerima khabar yang mengejutkan sebaik merangkul kilaun yang sangat didambakan tersebut.
Sambil menangis, Azizulhasni membuka rahsia bahawa ayahnya, mengalami midl stroke dan telah dimasukkan ke hospital saat dirinya berangkat ke Jepun untuk mengharumkan nama negara.
“Sewaktu berlumba saya teringat anak, isteri, mak dan ayah di kampung.
“Ayah saya berada di hospital. Ayah sak1t, kena mild stroke. Tapi adik beradik minta saya fokus dengan perlumbaan ini.
“Tak mudah buat saya. Saya perlu fikir negara,” luah atlet yang digelar The Pocket Rocket Man ini.
Biarpun sempat menyampaikan khabar dvka, Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan rahsia besar
Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri. Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,” kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.
Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.
“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara.
“Saya harap mereka tak ke3ewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya.
Untuk rekod, Azizulhasni telah memenangi pingat gangsa dalam acara sama di temasya Olimpik Rio yang lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://printlyrics.net
Be the first to comment on "Khabar Duka, Bapa Azizul Hasni Awang Meningg4l Dunia, Punca Kemati4n Akhirnya Dided4hkan"