SUDAH menjadi lumrah apabila tibanya musim cuti perayaan, kebanyakan lokasi peranginan menjadi sesak dek kerana rata-ratanya mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Terbaharu, tular satu video di media sosial memaparkan keadaan yang sesak di Terminal Feri Penumpang Kuah, Pulau Langkawi.
Difahamkan, situasi terminal feri yang sesak dengan ratusan penumpang itu berlaku pada petang Rabu, gara-gara perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam.
Menerusi video berkenaan, jelas kedengaran situasi tegang antara penumpang dan kru feri saling ‘berperang mulut’ dipercayai berpunca kerana kerosakan feri.
Kelihatan juga penumpang tertidur di kerusi kerana keletihan akibat menunggu terlalu lama.
Menurut seorang pelayar yang memuat naik video di akaun TikTok miliknya, @aisyahyusofcollection, dia dan keluarga bersama para penumpang lain sudah menunggu di terminal sejak pukul 2.30 petang.
VIDEO :
View this post on Instagram
“Kami tunggu dari jam 2.30 petang kot… sekarang dah boleh naik, boleh tahan dan tengking-tengking kata jangan bagi naik,” tulisnya pada kapsyen tersebut.
Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh pelayar berkenaan meraih sehingga 1.1 juta jumlah tontonan.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan rekasi yang pelbagai.
“Siapa suruh pergi waktu cuti… mendapatlah!
“Sikit-sikit nak viral… tak belajar ke waktu pasang surut air? Jangan salahkan pihak sana sedangkan anda sendiri yang bersalah.
“Sekarang ni kalau pergi ke Langkawi, tak galak naik feri. Masalah low tide (air surut). Memang terhad trip feri sekarang,” demikian antara komen-komen netizen pada video berkenaan.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika mengesahkan kejadian itu berkata, situasi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri berkapasiti besar.
“Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang sudah tertunda.
“Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi (Rabu) menerusi Expres Bahagia 99,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : mstar
Be the first to comment on "Kecoh Per4ng mulut antara penumpang, kru feri. Lebih 400 pengunjung Langkawi terkandas 8 jam di terminal"