“Sablt Terbang Ke Muka” Ellie Suriaty Bergelut Dengan Shahidan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 52, mengakui berasa sangat bersalah dan telah memohon maaf kepada Shahidan atas kejadian yang tidak disengajakan itu.

Saya menyebabkan ‘kemal4ngan di set semalam ketika menjalani penggambaran Telaga Suriram. Ketika shoot (berlakon), sab1t di tangan Mak Tijah (watak Ellie) terpelanting ketika bergelut dengan Jabet (watak Shahidan) sehingga terkena dahi dan hidungnya.

Tangkap layar permohonan maaf Daripada Ellie menerusi Instagramnya.

“Saya minta maaf dan berasa sangat bersalah kepada Shahidan Izwan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ellie lega kerana pelakon itu tidak mengalami kecederaan serius dan telah dimaafkan Shahidan atas apa yang berlaku.

“Alhamdulillah. Syukur Allah SWT lembutkan hati Shahidan. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dimuat naik Shahidan dalam Instagram miliknya telah berkongsi keced3raan yang dialaminya pada hidung dan dahi selepas terkena sab1t.

Shahidan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali menganggap kemal4ngan yang terjadi sebagai suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. “Kemalangan di set Telaga Suriram.

Kenangan yang tidak boleh dilupakan. Sab1t rumput terbang ke muka.“Tiada siapa yang salah. Inilah adat semasa berlakon. Pasti aka nada perkara yang tidak diingini berlaku.

Doakan saya cepat sembuh dan tidak sabar mahu masuk ke set penggambaran semula,” katanya.

Selain Ellie Suriaty dan Shahidan, filem Telaga Suriram yang diarahkan oleh pengarah Osman Ali turut dibintangi oleh pelakon Nabila Huda, Maya Karin, Farid Kamil dan Scha Alyahya.

Sumber : Kosmo Online

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sablt Terbang Ke Muka” Ellie Suriaty Bergelut Dengan Shahidan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*