KUALA LUMPUR: Pelakon Zaki Azeman, 28, bertunang dengan gadis pilihan hati, Raa Suzuran, 23, semalam.
Majlis berlangsung selepas Zohor di kampung halaman Raa di Kota Bharu, Kelantan. Majlis dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu adalah teman baik Zaki, Khai Bahar.
Zaki atau nama penuh, Muhamad Zaki Azeman berkata, tunangnya adalah adik kepada selebriti media sosial, Jaa Suzuran.
“Kami pilih tarikh 2.2.22 sebab angkanya cantik untuk diingati.
Khai, Zaki, Raa dan Jaa pada majlis pertunangan di Kota Bharu, Kelantan, semalam. Foto Ihsan Zaki Azeman
“Insya-Allah kami merancang mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini,” katanya kepada BH Online.
Anak jati Perlis yang mula dikenali selepas membintangi drama, Isteri Bukan Untuk Disewa arahan Osman Ali ini percaya soal rezeki, sebaik bergelar tunangan orang.
“Ada yang bertanya tidak takut bertunang dan berkahwin ketika karier masih hijau. Saya percaya soal itu berbalik kepada rezeki dan tuah.
“Urusan jodoh adalah ketentuan-Nya. Mana yang baik, saya jalani sebaik mungkin,” katanya.
Calon awal kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu berkata, dia mula mengenali Raa sejak hampir empat tahun lalu.
“Raa bekerja sebagai penstrim di laman sosial dan menjadi ‘influencer’ atau pempengaruh.
“Kami berkenalan melalui media sosial. Daripada Instagram (IG), kami jadi lebih rapat apabila selalu mengambil bahagian dalam permainan atas talian,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Zaki rancak menjalani penggambaran drama 13 episod, Suci Dalam Debu arahan Datuk Jurey Rosli.
“Selepas itu, saya akan memulakan penggambaran drama slot Akasia TV3, Bisik Bisik Gelora sebanyak 35 episod arahan Riza Baharudin,” katanya.
Sumber: BH
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendinggiler.pw
Be the first to comment on "“Angkanya Cantik Untuk Diingati,” – Pelakon Zaki Azeman Selamat Bertunang, Raa Suzuran Pilihan Hati"