Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Ini Punca Sebenar Kenapa Nyawa Rayan Tak Panjang

Sejak Selasa lalu, seluruh dunia pastinya mengikuti rapat perkembangan misi menyelamat adik Rayan yang terperangkap dalam perigi sempit di Maghribi dengan kedalaman 32 meter. Video misi menyelamat itu malah distrim secara langsung serta mendapat sokongan rata-rata penduduk dari setiap negara, yang mendoakan agar dia berjaya dibawa keluar.

Kronologi Kejadian Dan Punca Kenapa Rayan Tak Dapat Di Selamatkan

Dikhabarkan anak kecil ini telah berada lebih 96 jam berada di kedalaman perigi tersebut. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat Maghribi.

1) 1 Feb 2022 :Rayan mengikuti bapanya untuk membaiki sebuah perigi berdekatan dengan rumah. Bapanya tidak perasan bahawa anaknya sebenarnya sudah hilang dan akhirnya dilihat Rayan sudah berada didalam perigi kering tersebut.

Bapanya cuba meminta tolong dari kejiranan namun hampa kerana kedalaman perigi serta tiada peralatan yang tepat untuk turun kebawah.

2) Bantuan dari pihak berkuasa diminta dan mereka menghantar pandangan kamera bagi memastikan bahawa Rayan masih lagi bernyawa.

3) Keadaan perigi yang sempit menggagalkan cubaan mereka bagi menghantar seorang rescuer. Keadaan semakin dalam dan semakin sempit ini membuatkan mereka hilang udara dan tekanan juga semakin tinggi.

Bahkan cubaan seorang kanak-kanak yang menawarkan diri untuk turun kebawah pun gagal kerana pengudaraan yang tidak stabil.

4) Bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar kepada Rayan menggunakan tali (bersamaan sebuah kamera)

5) Misi penyelamatan ini siap melibatkan arkitek bagi mencari idea menyelamat dan akhirnya mereka memilih satu plan (berdasarkan gambar dibawah).

6) Sekurang-kurangnya 5 pengorek tanah digunakan untuk melaksanakan rancangan yang bakal dicuba oleh pihak rescuer. Mereka cuba membuka lubang pintu dari sebelah kedudukan perigi.

7) 5 Feb 2022 : Mereka sudah mengorek pintu keluar sedalam 28m namun risiko plan ini seolah dihujung tanduk. Ada kemungkinan berlaku tanah runtuh hingga mampu meragut keselamatan Rayan.

8) 6 Feb 2022 :Rayan meninggal dunia selepas 30 minit keluar

Lepas 5 hari bertarung…Rayan akhirnya berjaya dibawa keluar

Selepas 5 hari bertarung, pasukan kecemasan Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki tersebut sekitar jam 4.30 pagi waktu Malaysia. Sejurus dibawa keluar, mereka bergegas kejarkan Rayan ke pusat perubatan terdekat sekali gus menamatkan operasi getir berkenaan. Terdahulu, kru penyelamat dikerahkan untuk gali kawasan itu sambil dibantu oleh khidmat pakar kejuruteraan topografi bagi mencari ‘formula’ paling selamat untuk mengeluarkannya.

Rayan tak mampu bertahan untuk hidup susulan kecederaan dialami lebih 100 jam dalam perigi sempit

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bersorak dan bersyukur apabila melihat Rayan ketika dibawa atas pengusung sehingga dimasukkan ke dalam ambulans. Walau bagaimanapun, dia dilaporkan tidak mampu bertahan untuk hidup susulan kecederaan dialaminya selepas lebih 100 jam terperangkap dalam perigi sempit.

Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Tapi Sayangnya Umur Rayan Tak Panjang 4

Kehilangan Rayan disahkan oleh Raja Maghribi…zahirkan ucapan takziah kepada ibu bapanya

Berdasarkan portal The Sun, berita pilu itu disahkan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana Maghribi kira-kira selepas 30 minit jasad kanak-kanak malang itu dikeluarkan. Raja Mohammed VI turut menzahirkan ucapan takziah kepada kedua-dua ibu bapa Rayan. Setakat ini, laporan penuh tentang pemergian Rayan masih juga dinantikan oleh seluruh dunia.

Ada kesan luka di kepala

Rayan diberikan makanan dan dibekalkan oksigen dan minuman menerusi tiub, tetapi tidak dapat dipastikan apakah dia menjamahnya atau pun tidak.

Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah sampai ke lokasi dia terperangkap.

Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.

Saya belum tidur atau lelapkan mata walau sekejap pun

Terdahulu etika ditemuramah wakil media di sana, bapa Rayan akui dirinya berasa ralat kerana tidak perasan kehilangan anaknya itu ketika sedang membaiki perigi di rumah mereka pada hari kejadian. Sejak itu, dia bersama isterinya sangat bimbang dan berharap agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan dengan segera.

“Tak sangka sekejap saja alihkan pandangan, anak kecil saya dah berada dalam perigi. Sejak itu, saya belum mampu untuk lelapkan mata walau sekejap pun. Semua orang sedang lakukan yang terbaik agar dia dapat keluar dengan selamat & kami boleh memeluknya semula. Akan tetapi, saya tidak menyembunyikan sebagai ibu bapanya memang sangat bimbang.”

Salam takziah buat adik Rayan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Ini Punca Sebenar Kenapa Nyawa Rayan Tak Panjang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*