Tanyalah mana-mana ibu bapa pun, menguruskan anak terutamanya jumlah yang ramai pada satu-satu masa sememangnya amat mencabar. Sebagai ayah kepada 7 cahaya mata, Faizal Tahir juga sentiasa berusaha untuk menunjukkan contoh role model terbaik.
Walaupun jarang berkongsi tentang keluarganya, namun video terbaru memaparkan gelagatnya terlewat hantar anak-anak ke sekolah pagi tadi nyata mencuri tumpuan ramai.
Terdahulu, salah seorang daripada mereka tidak ikut bertandang ke sekolah kerana tiba-tiba mengalami nose bleeding. Selain itu, 2 anak perempuannya sempat berkelahi manakala yang kedua bongsu pula telah kehilangan kopiah.
Bukan saja memimpin bacaan doa kenderaan, paling mencuri tumpuan adalah cara Faizal Tahir berinteraksi dengan anak-anaknya sepanjang dalam perjalanan sambil speaking English lagi.
Biarpun menegur sikap anaknya Malaeka yang menjadi punca berkelahi pagi tadi, namun ia dilakukan dengan sangat berhemah tapi tetap tegas. Pelantun lagu ‘Ragaman’ ini juga mengambil sepenuh tanggungjawab menjadi punca mereka semua terlewat ke sekolah hari ini.
View this post on Instagram
“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah…” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
“Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ..Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah” tambahnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terinspirasi dengan pendekatan digunakan oleh Faizal Tahir selaku ayah yang bertanggungjawab. Malah sebagai ibu bapa, mereka malah cukup memahami situasi berdepan ‘drama’ anak-anak setiap kali bersiap pergi sekolah.
Hilang Kopiah
Banyak Drama Bila Hari Isnin
Pagi Isnin Yang Sangat Indah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : IG faizal_tahir
Be the first to comment on "‘Drama Pagi’ Hantar Sekolah, Cara Faizal Tahir Tegur Anak Dipuji Ramai"