Nana Tvntut 5 Sek4wan Bayar RM2.5 Jvta, Moh0n Maaf Di Media

Kemelut antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.

Kredit foto: IG Nana

Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

“Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin),” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

“Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

“Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nana Tvntut 5 Sek4wan Bayar RM2.5 Jvta, Moh0n Maaf Di Media"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*