Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Hattan, 58, menyeru pihak penyiar TV supaya harus ada rasa bertanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan ke tahap lebih bagus dan tinggi.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin merujuk keputusan memasukkan usahawan tular Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai peserta program Big Stage 2022 yang bukannya menyanyi bagus.
“Apa yang cuba dilakukan (pihak penyiar)? Kalau ya pun nak rating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi.
“Takkanlah pihak produksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga?” katanya.
Penyanyi Rendang Tak Berbuah itu tidak menafikan gimik kejutan sebegitu memang memberi impak besar daripada segi pemasaran. Tapi, ia cukup memalukan untuk industri secara keseluruhannya.
“Ini seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Dalam program itu ada peserta dari Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?
“Kasihan 11 (peserta) yang lain bertanding beria-ria. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, oh sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punya sampah,” katanya.
Hattan turut terkilan kerana pertandingan yang diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sepatutnya dibuat selari dengan standard jauh lebih baik.
“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu programlah,” katanya.
Semalam, pengumuman Ahmad Iqbal menjadi peserta ke-12 di Big Stage mendapat kecaman ramai netizen. Apalagi nyanyiannya menerusi lagu Biarlah Bulan Bicara disifatkan terlalu teruk.
Sekadar informasi, Big Stage 2022 menyaksikan komposer terkenal Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, Mas Idayu telah diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Selain Ahmad Iqbal, Big Stage 2022 turut menampilkan 11 peserta hebat antaranya Aisyah Retno, Lia Aziz, Tegar, Ajoi Zainal dan Tuah Adzmi, masing-masing akan merebut gelaran juara untuk edisi kali ini.
Juara ‘Big Stage 2022’ akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Sumber: HMetro
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendinggiler
Be the first to comment on "Datuk Hattan Komen Padu Bila Pertikai penyertaan Iqbal di Big Stage 2022"