“Bestla…”- Sarawak & Kelantan, Netizen Terhibur Tengok Fizo Omar Dan Isteri ‘Berlawan’

Nampaknya pasangan bahagia, sama cantik sama padan iaitu Fizo Omar dan gadis pilihan hatinya, Fazeera Nazri Aziz menarik perhatian peminat mereka lagi dengan gelagat mencuit hati ramai.

IMG_20220210_082021

Umum diketahui, Fizo Omar berasal dari Kelantan manakala isteri pelakon terkenal ini pula berasal dari Sarawak dan menerusi video terbaharu dimuat naik Fizo di Instagram peribadinya membuatkan nama negeri itu menjadi judul buat video mereka.

Ini kerana, Fizo Omar dan isteri berlawan meneka beberapa perkataan mengikut loghat negeri Sarawak dan Kelantan. Video terbabit bagaimanapun dengan pantas menarik perhatian peminat mereka.

Apa tidaknya, sempat juga mereka mengusik antara satu sama lain menyebabkan gelagat sweet pasangan terkenal ini ditonton ribuan kali menerusi Instagram.

Video bahagian satu ini menunjukkan Fizo Omar terlebih dahulu membuat tekaan kepada isterinya itu dan diikuti oleh Fazeera pula dan nampaknya kedua-duanya membuat tekaan yang betul.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Melihatkan gelagat Fizo Omar dan Fazeera itu, ruangan komen pula dihujani dengan ‘ratusan’ respon terhadap mereka dan dalam pada masa yang sama, kebanyakan warganet yang menonton turut merasa terhibur dengan gelagat mereka itu.

Fizo

IMG_20220210_082125 IMG_20220210_082140

Fizo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bestla…”- Sarawak & Kelantan, Netizen Terhibur Tengok Fizo Omar Dan Isteri ‘Berlawan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*